A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Soalan :

Apakah hukum memakai kain atau seluar yang labuh?

Jawapan:

Memakai kain atau seluar yang labuh sehingga meleret ke tanah dengan dorongan megah dan sombong hukumnya haram, dan jika melebihi buku lali, tetapi tidak sampai meleret ke tanah hukumnya makruh sama ada di dalam sembahyang atau di luarnya.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Soalan :

Cadangan bagi membina menara telekomukasi di dalam kawasan masjid / atas bumbung masjid yang dipilih di negeri Kelantan

Jawapan:

Cadangan pemasangan yang tersebut memang ada kebaikan tetapi ada beberapa aspek yang perlu diberi perhatian di antaranya:-

1)     Tapak masjid yang diniatkan sebagai tanah wakaf adalah tidak sesuai untuk dibangunkan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan masjid.

2)     Bersetuju menerima pembinaan menara telekomunikasi di kawasan masjid, bererti bersetuju mengizinkan syarikat berkaitan melakukan perkara-perkara sampingan lain yang ada kaitan dengan menara itu seperti peralatan dan sebagainya seperti kaedah menyebut:

"الرضاء بالشئ رضا بما يترتب عليه "

“merelakan sesuatu dilakukan maka bererti merelakan juga apa-apa kesan daripadanya”.

3)     Masyarakat belum boleh menerima konsep masjid sebagai tempat ibadat dicampuri oleh konsep perniagaan.

4)     Pendapatan dari bayaran sewaan tidak sepadan dengan anggapan negative masyarakat.

Berdasarkan pandangan tadi, saya berpendapat bahawa cadangan pembinaan menara telekomunikasi di dalam kawasan masjid harus dikaji dengan lebih teliti kebaikan dan keburukan yang ada.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 Soalan :

Hukum mengenai membunuh binatang, bilakah dibolehkan membunuh dan bagaimanakah caranya?

Jawapan :

Hukum-hukum larangan agama tidak harus sesiapa pun melanggarnya, dengan tidak ada sesuatau tujuan maslahah yang besar yang mengharuskannya, berkenaan dengan perbuatan membunuh binatang, didapati banyak hadis-hadis yang melarang seseorang melakukan aniaya dan azab kepada binatang-binatang dan burung-burung. Seperti dijadikannya sasaran untuk dipanah atau ditembak, dan seperti dikurung, diletak barang-barang muatan yang berat dan sebagainya dan banyak pula hadis-hadis yang menunjukkan ada balasan azab kepada binatang-binatang dan burung-burung.

            Ada beberapa jenis jiwa binatang-binatang dan burung-burung yang disuruh kita membunuhnya, iaitu binatang-binatang dan burung-burung ganas, sungguh pun begitu tidak harus juga dibunuhnya dengan secara kejam dan kasar, tetapi disuruh membunuhnya dengan cara yang baik, sampai binatang-binatang itu tidak lama merasa kesakitan dan azab pembunuhan itu.

            Jadi kesimpulan tidak harus seseorang melakukan kezaliman dan kesakitan kepada apa-apa jua pun.

            Dan dalam pada itu, antara alim ulama’ pada masa-masa akhir ini ada yang mengatakan harus melakukan pembedahan ke atas bintang-binatang atau burung-burung dengan syarat-syarat bertujuan untuk kajian ilmiah. Tujuan-tujuan kedoktoran dan sebagainya, ini kerana memandang sebegitu besarnya keperluan kedoktoran dan sebagai itu untuk kebajikan umat manusia.

            Maka kita berharap bahawa pembedahan itu hendaklah dengan cara yang baik, seperti jalan suntikan terlebih dahulu, yang tidak menjadikan sebegitu azab kepada binatang yang dibedahnya itu, dan janganlah hendaknya dilakukan pembedahan itu melainan setelah dikehendaki oleh keadaan yang memaksa, dan setelah tidak ada untuk disakiti tempat pembedahan binatang itu dan sekiranya binatang yang dibedah itu binatang halal hendaklah dengan cara yang menghalalkannya untuk menjadi makanan, jangan jadikannya membazir.

            Soal-soal sains dan teknologi hendaklah mendapat perseimbangan dengan soal-soal rukun dan soal-soal akhlak, barulah sains dan teknologi memberi perkhidmatan dalam bidang kebajikan umat manusia.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Soalan :

Hukum memutuskan hubungan kekeluargaan?

Jawapan:

Anak saudara tidak harus melakukan kekasaran apa lagi yang boleh memutuskan hubungan kekeluargaan terhadap bapa saudara, melainkan apabila terang-terangan bapa saudara itu menentang hukum-hukum agama dan tidak sanggup kembali menerimanya lagi, maka bolehlah dipulaukannya, itupun hendaklah dengan satu cara yang baik yang harus berkesan untuk harapan kembali menjdi seseorang yang baik.

Dan begitulah keadaan seterusnya keadaan seseorang keluarga terhadap seseorang keluarga yang lain.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search