Objektif

Memberi nasihat Irsyad dan panduan kepada KDYMM Al-Sultan, Kerajaan Negeri dan masyarakat berkaitan hukum dalam Islam dan fatwa.

Mengeluarkan fatwa yang lengkap selaras dengan hukum syarak dan penjelasan terhadap isu-isu atau persoalan yang menyentuh Akidah, Syariah dan Akhlak berdasarkan Nas al-Quran dan al-Hadis serta pendapat imam-imam yang muktabar. 

Mewujudkan penyelarasan fatwa di peringkat pusat dan negeri-negeri di Malaysia.

Membangun dan meneroka aspek-aspek baharu dalam bidang fatwa, penyelidikan, maklumat dan keputusan tentang hukum yang telah diputuskan.

Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pembangunan fatwa dan ilmu falak.

Menjadi pusat rujukan yang utama dan terpenting dalam aspek fatwa dan hukum syarak.

Mengurus dan mentadbir semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, sumber manusia dan teknologi maklumat.

Publish modules to the "offcanvs" position.