Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima Sijil Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kategori Cemerlang pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan 2020 yang telah diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim pada 26 Oktober 2020. Penyampaian sijil tersebut telah diterima oleh YB Sahibus Samahah Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Kelantan sendiri yang hadir ke majlis tersebut dan disampaikan oleh Yang Mulia Dato’ Haji Tengku Azmi Bin Haji Tengku Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kelantan. 

Pada 20 Januari 2021 bersamaan 07 Jamadil Akhir 1442H, satu kunjungan hormat daripada Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji Negeri Kelantan, Tuan Haji Amat Kassim bin Pait, ke Jabatan Mufti Negeri Kelantan untuk bersua dengan YB SS Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad sebelum beliau memulakan tugas di tempat baharu iaitu di Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak mulai 15 Februari 2021. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan yang disumbangkan dan semoga beliau terus maju jaya di tempat baharu.

Publish modules to the "offcanvs" position.