A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Menyerupai orang kafir

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Bagaimankah hukum menyerupai orang kafir?

Jawapan:

Haram seseorang Islam menyerupai orang-orang bukan Islam pada upacara dan istiadat keagamaan dan kebudayaan dan pada segalanya, dan termasuklah memakai pakaian yang khas dengan mereka.

Sesetengah kitab feqah karangan ulama sebelum daripada zaman kita sekarang ada menyebut sebagai buat seperti  bagi pakaian yang khas dengan orang bukan Islam itu seperti tali leher katanya.

Ya, memang benar haram memakai tali leher pada zaman itu, kerana pada zaman itu tali leher adalah suatu pakaian yang khas dengan orang-orang bukan Islam, tetapi buat masa sekarang tali leher (naptai) telah menjadi pakaian antarabangsa, seperti keadaan baju kemeja, baju kot dan sebagainya, maka apabila begitu tidaklah haram.

Mustahak diingati bahawa perkara haram ada dua bahagian, satunya haram kerana dirinya seperti perbuatan mencuri, menipu, perzinaan, perkara-perkara ini tidak berubah keharamannya, terus haram sampai bila-bila pun. Keduanya haram kerana sebab luar seperti kerana menyerupai dengan orang-orang bukan Islam dan perkara-perkara ini boleh berubah keharamannya apabila berubah sebabnya, apabila sudah tidak jadi menyerupai dengan sebab itu maka tidaklah haram lagi.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search