A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Mencantikkan objek yang berbentuk haiwan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan  :

Kepastian hukum bagi orang Islam membuat atau mencantikkan objek yang berbentuk binatang. Kami adalah sebuah syarikat yang beroperasi di Kota Bharu. Oleh kerana kegawatan ekonomi yng melanda sekarang, maka kami terpaksa menukar pengeluaran kami kepada model binatang seperti gajah, beruang, kucing dan sebagainya. Sukalah kami sekiranya dato’ mufti dapat memberikan penjelasan dan nasihat kepada kami samada bolehkah kami membuatnya atau tidak.

Jawapan:

Memandangkan soalan yang tuan kemukakan itu begitu umum, tidak diperincikan, maka jawapan juga berbentuk umum.

Terdapat beberapa hadis mengenai mengukir, melukis, membuat gambar atau patung. Daripada hadis-hadis tersebut ulama’ berpendapat bahawa melukis, mengukir, membuat apa sahaja objek yang mempunyai nyawa seperti manusia, haiwan yang berlembaga, berbentuk cukup anggota hidupnya adalah haram. Sebaliknya iaitu apabila tidak lengkap anggota hidupnya, tidaklah menjadi haram. Dalam hal ini dikecualikan objek yang dijadikan untuk permainan kanak-kanak.

Pengharaman ini adalah langkah menutup pintu bagi mengelak daripada perbuatan syirik.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search