A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Kenal pasti matan hadis atau tidak

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Berkaitan hadis:

حديث اعمل لدنيا كأنك ثعيس ابد واعمل للأخرتك نموت غدا

Jawapan:

Pertanyaan ini saya tidak dapati dalam hadis atau sunan Bukhari, Muslim dan lain-lain yang terkenal dengan sahihnya, hanya saya dapati ada orang berkata: hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Ashkar, dan saya tidak dapati pula keterangan nilai hadis ini adalah dari hadis-hadis sahih atau tidaknya.

            Kalaulah takdirnya sahih hadis ini maka maksudnya pada pendapat saya ialah begini:

            Hadis ini menyuruh kita supaya bekerja untuk dunia dan untuk akhirat, tetapi tentang caranya sedikit berlainan:

Bekerja untuk dunia pada umumnya ialah cara boleh berlambat-lambat atau bertempoh-tempoh seolah-olah tak hidup lama. Dalam pada itu orang yang sudah lampau umurnya dikehendaki juga mereka berusaha dalam pekerjaan yang memakan masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya, seperti membuat kelapa dan sebagainya dalam ingatan seolah-olah dia akan hidup lebih lama lagi. Jangan merasa lemah dengan sebab tuanya kerana itu adalah suatu jasa yang baik yang akan menjadi kenangan untuk orang-orang kemudian.

            Manakala bekerja untuk akhirat umumnya hendaklah dengan cara tidak boleh bertemu seolah-olah hendak mati esok.

            Dan walaubagaimanapun tidak betul pendapat yang mengatakan bahawa hadis ini menyeru agar tidak payah bekerja untuk dunia sama sekali.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search