A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Cadangan Tabungan Sebahagian Wang Kutipan Zakat Majlis Agama Islam Kelantan Untuk Tujuan Kecemasan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2017

 

 

CADANGAN TABUNGAN SEBAHAGIAN WANG KUTIPAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN UNTUK TUJUAN KECEMASAN.

(Kertas Mesyuarat Jamaah Ulama’ Bil : 6/1/2017)

Tarikh : 06 Ogos 2017 / 13 Zulkaedah 1438H

 

(Kategori :Zakat)

 

Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 06 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H telah membincangkan isu mengenai Cadangan Tabungan Sebahagian Wang Kutipan Zakat Majlis Agama Islam Kelantan Untuk Tujuan Kecemasan dan telah bersetuju memutuskan sebagaimana berikut:

Huraian:

1.         Perbincangan mengenai perkara ini adalah disebabkan persoalan yang dikemukakan oleh pihak pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan tentang kewajaran menyimpan sebahagian daripada wang kutipan zakat sebagai tabung kecemasan yang disimpan dalam simpanan tetap selama 3 bulan di bank-bank terpilih.

2.         Persoalan ini berbangkit kerana sebelum berlaku banjir besar pada tahun 2014 yang lalu, Majlis Agama Islam Kelantan mempunyai tabungan wang zakat di dalam akaun simpanan tetap berjumlah melebihi 40 juta ringgit Malaysia. Setelah berlalu bencana banjir, sebanyak 32 juta ringgit Malaysia telah dibelanjakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan dengan menggunakan wang zakat yang berada dalam simpanan tetap tersebut.

3.         Buat masa sekarang, jumlah simpanan tetap untuk tujuan tersebut semakin berkurangan dan dibimbangi Majlis Agama Islam Kelantan tidak mampu mengagihkan bantuan yang sewajarnya kepada para asnaf penerima zakat sekiranya berlaku bencana besar di masa akan datang seperti peristiwa banjir pada tahun 2014.

4.         Oleh itu, pihak pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan memohon pandangan Jamaah Ulama’ tentang keharusan menabung sebahagian wang kutipan zakat Majlis Agama Islam Kelantan untuk tujuan kecemasan.

Keputusan:

5.         Setelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:

1.    Pada asasnya, wang zakat hendaklah diagihkan kepada golongan yang berhak dengan kadar yang segera agar tidak menjejaskan kemaslahatan golongan tersebut.

 

2.    Tidak harus berlaku kelewatan dalam urusan pengagihan wang zakat seperti untuk tujuan pelaburan semata-mata. Walaubagaimanapun, kelewatan itu dibolehkan atas sebab maslahah dan kepentingan yang jelas yang difikirkan oleh pemerintah umpamanya untuk pengurusan dan penjadualan semula agihan dan lain-lain kemaslahatan.

 

 

3.    Mesyuarat juga bersetuju mengekalkan keputusan mesyuarat jemaaah ulama’ yang terdahulu bahawa simpanan wang zakat di dalam akaun simpanan tetap hanya boleh dilakukan dalam tempoh 3 bulan sahaja dan simpanan tersebut boleh diperbaharui dalam tempoh yang sama sekiranya tiada cadangan untuk mengagihkan wang tersebut pada waktu itu.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search