A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Mengenai Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2007

 

FATWA MENGENAI HUKUM MEMBERI ZAKAT KEPADA ORANG  BUKAN ISLAM BAGI TUJUAN DAKWAH

 

Kategori : Ibadat (Zakat)

 

Isu Dan Masalah :

 

1. Persoalan mengenai perkara ini ditimbulkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang bersidang pada bulan September 2007 yang lalu. Muzakarah membincangkan isu ini untuk mendapatkan satu keputusan atau dasar tentang hukum memberikan wang zakat kepada orang bukan Islam bagi tujuan dakwah di bawah asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum.

 

2.  Di Negeri Kelantan, program dakwah kepada orang bukan Islam khususnya dakwah kepada orang asli dilaksanakan oleh Unit Dakwah, Majlis Agama Islam Kelantan dengan menggunakan peruntukan wang zakat. Walau bagaimana pun sehingga sekarang tiada fatwa khusus yang memperincikan takrifan asnaf  Al-Muallafatu  Qulubuhum, samada ia meliputi orang Islam sahaja atau ia merangkumi orang kafir.

 

Keputusan      :

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2007 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada  28 Oktober   2007 telah membincangkan isu  Fatwa Mengenai Hukum Memberi Zakat  Kepada Orang  Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah dan telah bersetuju menfatwakan  seperti  berikut :

 

1.        Asnaf Al-Muallafatu Qulubuhum dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan Muslim dan golongan Kafir.

 

1.1-     Golongan Muslim meliputi :

 

                                                              i.      Orang yang baru memeluk Agama Islam.

 

                                                            ii.      Ketua-ketua kumpulan Islam yang mempunyai hubungan baik dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sama taraf dengannya.

 

 

                                                          iii.      Ketua-ketua kumpulan Islam yang masih belum mantap imannya tetapi masih berpengaruh.

 

1.2  Golongan bukan muslim (kafir) pula meliputi :

 

i.    Orang yang berkemungkinan menerima Islam.

 

ii.   Boleh dipujuk supaya tidak memusuhi orang Islam.

 

       2.  Dalam urusan  agihan   wang   zakat    kepada   Al-muallafatu Qulubuhum  ini, secara   umumnya   Mesyuarat   bersetuju    dengan pendapat rajih dalam Mazhab Syafie yang   mengharuskan   wang   zakat   diagihkan   kepada golongan Muslim sahaja.

 

  1. Dalam  konteks  dakwah,  khususnya   dakwah   kepada  orang   asli di Kelantan, mesyuarat bersetuju memfatwakan bahawa pengagihan wang zakat diharuskan kepada golongan bukan Muslim. Fatwa ini dikhususkan untuk tujuan dakwah semata-mata kerana kepentingan siasah syar’iyyah untuk pengembangan Agama Islam.

 

 Huraian :

 

 

1-      Firman Allah S.W.T (surah at-Taubat: 60)

 

إنما الصدقت للفقراء والمساكينى والعملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغرمين وفي سبيل الله وابن السبيل فريضة من الله والله عليم حكيم .                                                                                 

 

Maksudnya: Sesungguhnya zakat-zakat itu adalah untuk orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya untuk memerdekakan hamba. Orang-orang yang berhutang untuk jalan Allah dan orng-orang sedang dalam perjalanan sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.

 

Ayat tersebut secara umum menyebut المؤلفة قلوبهم  termasuk dalam asnaf zakat yang lapang tanpa mengkhususkannya dengan lafaz Muslim.

 

2-  Hadis-hadis nabi S.A.W yang mana telah jelas baginda memberikan zakat kepada golongan asnaf المؤلفة قلوبهم    seperti hadis yang diriwayatkan oleh Anas.

 

 

 

ان رسول الله صلى الله عليه وسلم لم يكن يسأل شيء على الاسلام الا اعطا اياه: قال فأتاه رجل فسأله، فأمرله بشاء كثير بين جبلين من شاء صدقة . قال فرجع قومه فقال ياقوم اسلموا فإن محمدا يعطى عطاء من لا يخشى الفاقة.

 

 

Ertinya:

               Bahawa Rasulullah S.A.W akan memberikan ganjaran kepada sesiapa    yang bertanya tentang Islam ada seorang lelaki datang kepada nabi S.A.W lalu bertanya kepada nabi S.A.W. Maka nabi S.A.W. memerintahkan supaya memberi biri-biri yang banyak daripada biri-biri zakat. Maka apabila lelaki tersebut balik kepada kaumnya dia berkata: wahai kaumku! Sesungguhnya Muhammad memberi ganjaran yang baik sehingga kamu tidak lagi takutkan kefakiran.

                                                                                  

                                          ( Hadis riwayat imam Ahmad )

 

 

3- Para sahabat seperti Abu Bakar As-Siddiq  dan Umar Al-Khatab tidak   memberi    zakat kepada golongan asnaf   المؤلفة قلوبهم  yang kafir adalah berasaskan kepentingan  siasah syar’iyah yang memerlukan ijtihad yang sedemikian. Namun begitu ia tidak   menafikan kewujudan asnaf  المؤلفة قلوبهم     ini sepanjang zaman kerana akan ada   pada setiap zaman orang bukan Islam yang perlu dijinakkan hati mereka kepada   Islam.

 

                                                                       

Tarikh Keputusan  :  28 Oktober 2007

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search