A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Zakat Padi Dari Projek Penanaman Padi Yang Diusahakan Secara Ladang

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA 1999

ZAKAT PADI DARI PROJEK PENANAMAN PADI YANG DIUSAHAKAN SECARA LADANG

 

Kategori    : Zakat

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 12 September 1999 telah membincangkan mengenai Zakat Padi Dari Projek Penanaman Padi Yang Diusahakan Secara Ladang dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

(ا) Bahawa padi yang dihasilkan dari projek penanaman padi secara estet diwajibkan zakat ke atas pemilik-pemilik tanah apabila cukup nisobnya berdasarkan atas pendapatan bersih masing-masing setelah ditolak kos pengurusan projek yang dikeluarkan oleh agensi pelaksana.

 

(ب) Bagi tujuan menyelaras serta memudahkan urusan pengeluaran zakat tersebut, agensi pelaksana boleh mengeluar zakat bagi pihak pemilik-pemilik tanah setelah mendapat persetujuan masing-masing.

 

Huraian:

 

Mesyuarat membincang kertas berhubung dengan zakat padi dari projek penanaman padi yang diusahakan secara estet dan mengambil maklum :

 

(1)               Akan kemajuan projek ini di mana pemilik-pemilik tanah sawah dikehendaki menyerahkan tanah mereka kepada agensi pelaksana untuk dimajukan manakala semua kos projek ditanggung sepenuhnya oleh agensi pelaksana.

 

(2)               Akan sistem projek di mana hasil pendapatannya dibahagikan dengan adil kepada pemilik-pemilik tanah berdasarkan saham atau ekonomi masing-masing setelah ditolak kos (input) projek.

 

(3)               Bahawa agensi pelaksana tidak mempunyai apa-apa kepentingan dari projek

tersebut selain dari bertujuan membantu para petani untuk menambahkan pendapatan dari sawah mereka.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search