A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Mohon Membahas Dan Merangka Fatwa Berhubung Dengan Zakat Gaji Yang Di Putuskan Pada 17 Oktober 1992

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA 1999

MOHON MEMBAHAS DAN MERANGKA FATWA BERHUBUNG DENGAN ZAKAT GAJI YANG DI PUTUSKAN PADA 17 OKTOBER 1992

 

Kategori    : Zakat

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 16 Mac 1999 telah membincangkan mengenai Mohon Membahas Dan Merangka Fatwa Berhubung Dengan Zakat Gaji Yang Di Putuskan Pada 17 Oktober 1992 dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Dengan itu ayat sepenuhnya berbunyi sebagaimana berikut:

 

 

(( Pendapatan gaji yang diperolehi oleh Kakitangan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun atau Syarikat-Syarikat atau sebagainya dari institusi-institusi yang menjalankan perniagaan atau perkhidmatan yang mempunyai sistem penggajian yang teratur adalah diwajibkan zakat jika nilai jumlah peruntukan gaji bagi seorang kakitangan itu sampai nisob yang dikira atas nisab mata wang dan melintasi haul, di mana ia menerima bahagian terakhir daripada peruntukan gaji tahunan )).

 

 

Huraian:

 

 

Mesyuarat dimaklumkan bahawa satu usaha sedang dilaksanakan di peringkat pusat bagi menyelaraskan pungutan zakat penggajian menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri.  Bagi menjayakan usaha tersebut, negeri-negeri diminta mengada serta mewartakan fatwa berhubung zakat penggajian menurut enakmen negeri masing-masing.

 

Mesyuarat juga ditarik perhatian bahawa bagi negeri Kelantan, fatwa sedemikian telah pun dikeluarkan dalam tahun 1992 tetapi belum diwartakan.  Untuk tujuan pengwartaan fatwa tersebut, satu perbincangan telah diadakan di Pejabat Majlis beberapa hari yang lepas dan Yang Berhormat Tuan Penasihat Undang-Undang Negeri telah memberi nasihat supaya Fatwa Majlis dapat disemak semula agar lebih kemas dan berkesan apabila diwartakan kelak.  Ini adalah kerana ianya lebih berupa kenyataan sedangkan untuk penguatkuasaan hukum, lebih sesuai jika ianya bercorak arahan. Justeru itu, mesyuarat khas yang diadakan kali ini disyor supaya membuat semakan semula ke atas sighah fatwa tersebut berdasarkan nasihat yang diberi oleh Yang Berhormat Tuan Penasihat Undang-undang Negeri.

 

 

 

Mesyuarat mengambil perhatian di atas pandangan dan penjelasan di atas dengan berpegang kepada konsep bahawa:

 

 

(1)         Sighah fatwa yang dikeluarkan dalam tahun 1992 itu walaupun berbentuk khabariah pada lafaz tetapi pada hakikatnya berbentuk insyaiyyah (خبرية لفظا وأنشاية معنا)

 

(2)         Walau apa pun pindaan ke atas sighah fatwa tersebut, tetapi bukanlah memberi makna bahawa umat Islam harus digagahi (داجبار ) untuk mengeluar zakat pendapatan mereka kerana ia termasuk dalam kategori zakat badani menurut ketetapan hukum syarak.

 

Dengan itu, mesyuarat bersetuju ungkapan atau sighah fatwa yang diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 21 Rabiul Awal 1413 bersamaan 17 Oktober 1992 di pinda sebagaimana berikut:

 

 

Meminda perkataan “ adalah dikenakan zakat……..” kepada “adalah diwajibkan zakat…….”

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search