A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Bayaran Zakat Gaji Bulanan Yang Dibuat Oleh Majikan Dengan Izin Atau Permintaan Pembayar Zakat Itu Sendiri

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA BAYARAN ZAKAT GAJI BULANAN YANG DIBUAT OLEH MAJIKAN  DENGAN IZIN ATAU PERMINTAAN PEMBAYAR ZAKAT ITU SENDIRI

 

Kategori  : Zakat

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 17 April 1995 telah membincangkan mengenai Bayaran Zakat Gaji Bulanan Yang Dibuat oleh Majikan  Dengan Izin Atau Permintaan Pembayar Zakat Itu Sendiri dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

(1) Zakat yang dibayar melalui potongan gaji bulanan adalah sah, dengan syarat hendaklah disertakan niat pada setiap kali ianya dikeluarkan.

 

(2) Si pembayar zakat hendaklah mewakilkan kepada majikan bagi pengeluaran zakat gaji untuk dirinya tiap-tiap bulan. Pihak majikan hendaklah berniat mengeluar zakat bagi pihak orang yang diwakilinya secara umum setiap kali potongan zakat dibuat.

 

Pandangan-pandangan ini berdasarkan nas-nas berikut:

 

 

( قوله أو أعطاء وكيل ) أى أو عند أعطاء وكيل عنه فى تفرقة الزكاة على المستحقين ولا يشترط نية الوكيل عند الصرف للمستحقين لوجود النية من المخاطب بالزكاة مقارنة لفعله إذ المال له وبه فارق نية الحج من الغائب لأنه المباشر للعبادة.  (وقوله أو إمام ) معطوف على وكيل أي وتكفى النية عند اعطاء أمام الزكاة لأن الأمام نائب المستحقين فالدفع اليه كالدفع إليهم ولهذا أجزأت وان تلفت عنده بخلاف الوكيل.  قال في التحفة مع الأصل والأصح أن نيته أى السلطان تكفى عن نية الممتنع باطنا لأنه لما قهر قام غيره مقامه في التفرقة.....)

 

Rujukan:أعانة     juzu’ 2 halaman 182

 

((وتكفى النية عند عزلها عن المال وبعده وعند دفعها لأمام أو وكيل والأفضل أن ينويا عند تفريق أيضا))

Huraian:

 

Dalam mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang telah diadakan pada 17 Oktober 1992, satu fatwa mengenai zakat gaji telah dikeluarkan yang berbunyi:

 

Pendapatan gaji yang diperolehi oleh kakitangan kerajaan atau badan-badan berkanun atau syarikat-syarikat atau sebagainya dari Institusi –institusi yang menjalankan perniagaan dan perkhidmatan yang mempunyai sistem penggajian yang teratur adalah dikenakan zakat jika nilai jumlah peruntukan gaji bagi seorang kakitangan itu sampai nisab yang dikira atas nisab mata wang dan melintasi haul, dimana ia menerima bahagian terakhir daripada peruntukan gaji tahunan .

 

Permulaan haul zakat gaji dikira  pada hari atau bulan ia dipanggil melaporkan diri untuk memulakan tugas jawatannya kerana hari atau bulan itu dikira sebagai masa permulaan ia berhak menerima bahagian-bahagian peruntukan gaji tahunan dan kadar zakatnya ialah sebanyak 2.5% atau 1/40.

 

Berikutan itu,  pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan telah menjalankan kempen-kempen kesedaran kepada kakitangan kerajaan supaya membayar zakat gaji kepada majlis menerusi sistem pungutan gaji bulanan yang dilakukan oleh majikan. Hasil dari usaha tersebut terdapat kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun membuat potongan gaji mereka sebanyak yang munasabah dengan niat membayar zakat kepada majlis, di mana penyata tentang bayaran tersebut dikeluarkan oleh majlis pada akhir tahun masihiah.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search