A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Pekerja (Zakat Perniagaan Saham Dan Wang Simpanan Dalam Kumpulan Wang Simpanan KWSP)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

ZAKAT PERNIAGAAN SAHAM DAN WANG SIMPANAN DALAM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

 

Kategori     : Zakat

 

 

 Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 April 1994 telah membincangkan mengenai Zakat Perniagaan Saham dan Wang Simpanan Dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Huraian:

 

Beberapa soalan mengenai perkara di atas dikemukakan untuk keputusan fatwa berbunyi:

 

Soalan 1: Apakah hukum jual beli saham sebagaimana yang dijalankan di pasaran saham sekarang?

 

Jawapan: Satu kertas yang lengkap mengenai saham hendaklah disediakan oleh pihak berkenaan untuk kajian Jemaah Ulama Majlis sebelum membuat keputusan tentang hukum.

 

Soalan 2:Sekiranya hukum jual beli saham tersebut diharuskan oleh syarak, bagaimana kaedah mengeluarkan zakat dan berapa nisabnya?

 

Jawapan: Kaedah mengeluar zakat saham sama seperti zakat perniagaan kerana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti perniagaan-perniagaan yang tertakhluk kepada untung rugi.

 

Soalan 3: Wang Simpanan Pekerja yang dibuat potongan secara bulanan dari pendapatan pekerja dan sumbangan majikan yang disimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah berkembang dan pekerja mendapat keuntungan di antara 7% hingga 8% setahun. Wang ini boleh dikeluarkan bila-bila masa sekiranya dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh peraturan kumpulan wang berkenaan. Apakah wang simpanan berkenaan dikenakan zakat dan sekiranya dikena zakat, bagaimana kaedah mengeluar zakat tersebut?

 

Jawapan: Perbincangan mengenai zakat wang yang disimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditangguhkan untuk kajian selanjutnya. Untuk itu satu kertas yang lengkap mengenainya hendaklah disediakan oleh pihak berkenaan.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search