A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Kaedah Taksiran Zakat Gaji Atau Pendapatan

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KAEDAH TAKSIRAN ZAKAT GAJI ATAU PENDAPATAN

 

Kategori    : Zakat

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 April 1994 telah membincangkan mengenai Kaedah Taksiran Zakat Gaji Atau Pendapatan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Mesyuarat telah membincang perkara tersebut dengan terperinci di samping kira suasana kehidupan umum masyarakat serta tahap perbelanjaan sara hidup yang wujud dalam negara ini sekarang dan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut sebagai tambahan atau penjelasan kepada fatwa yang lepas:

 

1)     Bahawa gaji atau pendapatan yang dikenakan zakat ialah meliputi gaji pokok  serta lain-lain yang dikira sebagai imbuhan tetap sahaja dan tidak termasuk imbuhan berubah.

 

2)     Zakat dikenakan atas gaji atau pendapatan setelah ditolak perbelanjaan dharuriat iaitu keperluan asasi yang paling sederhana untuk diri dan keluarga di bawah tanggungannya menurut hukum syarak.

 

Huraian:

 

Satu kertas mengenainya disediakan oleh Tuan Pegawai Urusan Sumber Majlis Agama Islam Kelantan bagi pertimbangan mesyuarat Jemaah Ulamak khususnya mengenai kaedah taksiran zakat gaji atau pendapatan, di mana menurut skim penggajian yang wujud sekarang baik kerajaan maupun swasta  mengandungi gaji pokok, imbuhan tetap dan komponen berubah. Semuanya itu dinikmati oleh seseorang pekerja sebagai pendapatan bulanan atau tahunan yang ditawarkan oleh majikan, bergantung kepada kelayakan masing-masing.

 

Menurut penjelasan yang diberi oleh pegawai tersebut,  bahawa  sepanjang melaksanakan keputusan fatwa Majlis berhubung dengan zakat gaji / pendapatan, pihaknya banyak menerima pertanyaan dari orang awam sama ada ditolak atau tidak perbelanjaan asasi sebagaimana yang diamalkan di beberapa buah negeri di negara ini. Apakah wajar seseorang yang berpendapatan kecil juga dikenakan zakat di mana jika dijumlahkan pendapatan mereka setahun sudah mencukupi nisab zakat sedangkan mereka tergolong di bawah takrif miskin. Jika golongan tersebut diwajibkan membayar zakat apakah menepati dengan konsep zakat itu sendiri yang menurut penentuan syarak ((diambil sebahagian tertentu dari harta orang kaya untuk diagihkan kepada orang miskin)).

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search