A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Dikecualikan Bayaran Balik Wang Zakat Yang Kecurian

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA DIKECUALIKAN BAYARAN BALIK WANG ZAKAT YANG KECURIAN.

 

Kategori   : Zakat

 

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 18 dan 20 Ogos 1993 telah membincangkan mengenai Dikecualikan Bayaran Balik Wang Zakat yang Kecurian dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Pada asasnya mangsa kecurian itu adalah merupakan wakil bagi pihak Majlis Agama Islam Kelantan, dimana dia ditugas mengeluarkan wang dari bank untuk membayar bantuan bulanan fakir miskin bagi jajahannya. Mangsa kecurian tersebut didapati tidak cuai menjaga wang kerana disimpan ditempat yang berkunci dimana keretanya dipasang dengan alat penggera. Oleh yang demikian mesyuarat berpendapat bahawa tiada halangan kepada pihak Pentadbiran Majlis untuk menimbangkan permohonan itu agar dikecualikan daripada membayar balik wang zakat yang kecurian itu. Walau bagaimanapun mangsa kecurian itu eloklah bersumpah atas masjidnya untuk menentukan kebenarannya.

 

Huraian:

 

Satu kecurian ke atas wang zakat untuk bantuan kepada fakir miskin bagi Jajahan Bachok sebanyak kira-kira RM4,000.00 telah berlaku setelah Pegawai Masjid Bandar Bachok menunaikan cek di sebuah Bank di Kota Bharu. Wang tersebut disimpan di bahagian belakang keretanya (bonet) dan semua pintu keretanya dikunci  sebelum dia meninggalkan keretanya untuk sekadar membayar bil bayaran letak kereta. Dia menyedari wang tersebut hilang setelah sampai di rumahnya dan setelah diperiksa, didapati pintu depan keretanya di bahagian pemandu ada kesan ianya dibuka dengan menggunakan alat khas. Kehilangan wang itu dilaporkan kepada Balai Polis daerah Kota Bharu.

Mangsa kecurian tersebut membuat rayuan kepada Pentadbiran Majlis supaya dikecualikan daripada membayar balik wang tersebut atas alasan bahawa kejadian itu berlaku bukan disebabkan kecuaian dirinya, bahkah wang tersebut disimpan pada tempat berkunci,lebih-lebih lagi keretanya dipasang dengan alat penggera tetapi kerana kecekapan pencuri menyebabkan alat tersebut tidak berfungsi.  Setelah menghalusi keterangan serta lain-lain dokumen yang disertakan bersama surat rayuan mangsa kecurian itu, mesyuarat telah membuat rumusan sebagaimana keputusan di atas.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search