A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Cadangan penetapan Nisab Zakat Mata Wang Malaysia dan lain-lain harta bagi Haul antara Ramadhan 1422h hingga Ramadhan 1423h

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

CADANGAN  PENETAPAN  NISAB  ZAKAT  MATA WANG MALAYSIA DAN LAIN-LAIN HARTA BAGI HAUL ANTARA   RAMADHAN 1422H HINGGA RAMADHAN 1423H

 

Kategori  :  Ibadat ( Zakat )

 

Keputusan   :

 

Mesyuarat Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2002 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada 18 Ogos 2002 telah membincangkan isu Cadangan Penetapan Nisab Zakat Matawang Malaysia Dan Lain-Lain Harta Bagi Haul Antara Ramadhan 1422 Hingga Ramadhan 1423H dan telah bersetuju  memutuskan seperti berikut  :

 

Mesyuarat bersetuju menetapkan nisob Zakat Matawang Malaysia dan lain-lain harta bagi haul antara Ramadhan 1422H hingga Ramadhan 1423H ialah RM 3,105.57.

 

 Huraian:

 

Keputusan ini dibuat berdasarkan purata harga emas harian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang mengambil sumber daripada RHB Bank.

 

Latar belakang:

 

1.      Negeri Kelantan Majlis Agama Islam menetapkan zakat fitrah yang mesti dibayar kepada majlis hendaklah dengan wang tunai yang sama nilai dengan satu gantang Baghdad harga beras.

 

2.      Majlis Agama Islam Kelantan pada tahun 1422H telah menetapkan harga zakat fitrah sebanyak RM4.00 berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad bersamaan 2.56kg. Manakala harga beras pula             berdasarkan tinjauan di pasar-pasar Bandar utama negeri Kelantan dan harga yang diguna pakai oleh padi beras nasional bernas (BERNAS).

 

 3.    Kadar harga yang ditetapkan oleh BERNAS adalah selaras dengan harga yang dikeluarkan oleh kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

 

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search