A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa mengenai Zakat Penggajian

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA 10.

 

Tarikh Keputusan    :  16hb. Mac 1999

Status Penwartaan  : Warta

Tarikh Diwartakan   : 22hb. Julai 1999

Bertarikh Pada          : 1 Jun 1999    

No. Rujukan              :  [MUI.D. 231/707/(70).]

Akta/Enakmen          : Jil 52No. 550 

 

Kategori  :  Zakat

 

Soalan      :  FATWA MENGENAI ZAKAT PENGGAJIAN

 

            Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 36 dan 39 Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jamaah Ulama’ yang bersidang pada 27 Zulkaedah 1419H bersamaan 16 Mac 1999M dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan  membuat Fatwa yang berikut:

 

(a)   Pendapatan gaji yang diperolehi oleh kakitangan kerajaan atau badan-badan berkanun atau syarikat-syarikat atau sebagainya dari institusi-institusi yang menjalankan perniagaan atau perkhidmatan yang mempunyai sistem penggajian yang teratur adalah diwajibkan zakat jika nilai jumlah peruntukan gaji bagi seseorang  kakitangan itu sampai nisab yang dikira atas nisab mata wang dan melintasi haul, di mana dia menerima bahagian terakhir daripada peruntukan gaji tahunan ;

 

(b)   Permulaan haul zakat gaji dikira pada hari atau bulan seseorang itu dipanggil melaporkan diri untuk memulakan tugas jawatannya kerana hari atau bulan itu dikira sebagai masa permulaan dia berhak menerima bahagian-bahagian peruntukan gaji tahunannya dan kadar zakatnya ialah sebanyak 25% atau 1/40” :

 

(c)    Bahawa gaji atau pendapatan yang dikenakan zakat ialah meliputi gaji pokok serta lain-lain yang dikira sebagai imbuhan tetap sahaja dan tidak termasuk imbuhan berubah;

 

(d)   Zakat dikenakan atas gaji atau pendapatan setelah ditolak perbelanjaan dharuriyat, iaitu keperluan asasi yang paling sederhana untuk diri dan keluarga di bawah tanggungannya menurut Hukum Syarak.

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search