A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Penceraian Akibat Pelanggaran Taklik

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2009

 

HUKUM PENCERAIAN AKIBAT PELANGGARAN TAKLIK

 

Kategori: Munakahat 

 

KEPUTUSAN:

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 3/2009 di Bilik Mesyuarat Tingkat Tiga Majlis Agama Islam Kelantan  pada 27  Disember  2009 telah membincangkan Isu Hukum Penceraian Akibat Pelanggaran Taklik   dan telah bersetuju menbuat keputusan   seperti  berikut :

 

Mesyuarat telah bersetuju membuat keputusan mengenai hukum perceraian akibat pelanggaran taklik seperti berikut:

 

Memandangkan isu ini iaitu” penceraian akibat pelanggaran taklik” banyak menyentuh bidang kuasa Mahkamah Syariah maka mesyuarat bersetuju supaya perkara ini di serahkan kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk membuat keputusan berdasarkan pandangan-pandangan berikut:

 

1. Bahawa lafaz taklik talak yang dilakukan oleh suami tetapi berlaku perceraian antara mereka (suami isteri) melalui lafaz suami atau melalui fasakh atau tebus talak sebelum berlaku perkara yang ditaklikkan, ia terbahagi kepada dua keadaan:

 

i): Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Bain Kubra dan Bain Sughra, yang bukan pelanggaran taklik lafaz taklik yang dilakukan suami tidak lagi aktif apabila mereka bernikah semula,

 

ii): Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Raj’ie, lafaz taklik talak yang dilakukan suami masih lagi aktif apabila mereka rujuk dalam tempoh iddah.

 

2. Apabila telah berlaku langgaran taklik yang dibuat oleh suami maka perceraian antara mereka (suami isteri) telah berlaku. Sekiranya mereka kembali semula sebagai suami isteri maka kedudukan lafaz taklik itu adalah seperti berikut:

 

i): Sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah perceraian Raj’ie dan pasangan tersebut bernikah semula dengan akad baru selepas tamat iddah maka lafaz taklik itu tidak lagi aktif.

 

ii): Sekiranya perceraian yang berlaku itu ialah adalah perceraian raj’ie dan pasangan tersebut rujuk semula sebelum tamat iddah. Dalam keadaan ini, mesyuarat membuat keputusan supaya perkara ini di serahkan kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk membuat keputusan.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search