A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa mengenai akad nikah menerusi sidang video

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

FATWA MENGENAI AKAD NIKAH MENERUSI SIDANG VIDEO

 

Kategori : Munakahat

 

 Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali ke-1/2001 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan pada 23 September 2001 telah membincangkan isu Fatwa Mengenai Akad Nikah Menerusi Sidang Video dan telah bersetuju menfatwakan  seperti berikut :                                                                                                                                                                                                                                                                    

 

Bahawa akad nikah menerusi sidang video adalah diharuskan dengan syarat-syarat berikut :

 

  1. Hendaklah majlis ini berlangsung di tahap al-yakin (اليقين) bukan az-zhan (الظن ).
  2. Tidak ada unsur-unsur penipuan (الغرر ).
  3. Cukup semua rukun dan syarat sah nikah termasuk Tazkiyatus Syuhud (تزكية الشهود)
  4. Tertakluk kepada peraturan di dalam Enakmen Keluarga Islam 1983.

 

Huraian:

 

Fatwa ini dikeluarkan  berlandaskan alasan bahawa syarat i’tihadi al-majlis  yang menjadi persoalan pokok tentang sah atau tidak akad nikah menerusi siding video telah dipenuhi. Walaupun akad nikah seperti ini tidak dikatakan sebagai “ اتحاد حقيقي   " tetapi  ia boleh dikelaskan sebagai  " اتحاد في المعنى atau   " اتحاد مجازي".

 

 

Hujah dan dalil

 

Fatwa ini dikeluarkan berlandaskan alasan bahawa ittihad al-majlis (penyetujuan majlis) yang menjadi persoalan pokok tentang sah atau tidak menerusi sidang video telah dipenuhi. Walaupun akad nikah seperti ini tidak dikatakan sebagai “ittihad hakiki” (penyetujuan sebenar) tapi ia di kelaskan sebagai ittihad fil al-makna ( penyetujuan pada makna) atau ittihad majazi ( penyetujuan pada kiasan).

Berikut adalah nas-nas:-

 

 

  1. Zuhaili, juzuk 7 halaman 9:

 

((ثالثا   - هي الايجاب والقبول، ويشترط فيها بالاتفاق أربعة شروط هي ما يأتي:

1) اتحاد المجلس إذا كان العاقدان حاضرين:

وهو أن يكون الايجاب والقبول في المجلس واحد، بأن يتحد مجلس الايجاب والقبول، لا مجلس المتعاقدين، لأن شرط الإرتباط اتحاد الزمان، فجعل المجلس جامعا لأطرافه تيسيرا على العاقدان)).

 

        

2- Fiqh As-Sunnah, keluaran Al-Fathu Lil-A’lam Al-Arabi Al-Kaherah, karangan As-  Sayyid Sabiq, juzuk 2 halaman 125:

 

(( شروط الإيجاب والقبول :                            

2) اتحاد مجلس الإيجاب والقبول : بمعنى إلا يفصل بين الإيجاب والقبول بكلام أجنبي، أو بيما يعد في العرف إعراضا وتشاغلا عنه بغيره ولا يشترط أن يكون القبول بعد الإيجاب مباشرة)).

 

     3- Ahkam Al-Zawaj, keluaran Darul Al- Nafais, karangan Dr. Umar Sulaiman

         Al- Asqar,  halaman 83:-

 

(( ويعبر كثير من الفقهاء عن هذا الشرط باتحاد المجلس، والسبب أن وقوع الإيجاب والقبول في وقت واحد مع اختلاف الأمكنية وتباعد الديار لم يكون ممكنا في العصور الماضية، وقد أصبح وقوعمثل هذا ممكنا في هذه العصور بعد هذا التقدم الهائل في وسائل الاتصالات، وأصبخت القعود تجري عبر وسائل الاتصال الخديثة، والمتعاقدون في أماكن شتى، ولا يوجد في الشريعة ما يمنع من إجزاء العقود مع اختلاف المجالس اذا تحققت الفروية وتحقق كل واحد من العاقدين من هوية الطرف الآخر، أمن التزوير)).                               

 

Tarikh Keputusan : 23 September 2001.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search