A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Penggunaan Nama Allah Bagi Bukan Islam

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2009

 

HUKUM PENGGUNAAN NAMA ALLAH BAGI BUKAN ISLAM

 

Kategori: Akidah 

 

 

KEPUTUSAN:

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 3/2009 di Bilik Mesyuarat Tingkat Tiga Majlis Agama Islam Kelantan  pada 27 Disember 2009 telah membincangkan Isu  Hukum Penggunaan Nama Allah Bagi Bukan Islam dan telah bersetuju menfatwakan  seperti  berikut :-

 

Mesyuarat bersetuju menfatwakan bahawa hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam adalah diharamkan.

 

Huraian:-

 

Fatwa ini dikeluarkan berdasarkan hujah-hujah berikut :

 

1.Kerana Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat ihdaiyah dan somadiyah sebagaimana firman Allah Taala:

 

قل هوالله احد ( 1) الله الصمد(2) 

                                                                                                    

Ertinya : Katakanlah wahai muhamad : Tuhanku ialah Allah yang maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

 

Hamka dalam tafsirannya   30/306 dengan menukilkan tafsir Abu Saud berkata :

 

Diulangi nama Allah sampai dua kali ( ayat 1 dan 2) dengan kejelasan bahawa dia adalah Esa, tunggal, dia adalah pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa  yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah tuhan. Dalam ayat pertama ditegaskan keesaanya , untuk menjelaskan bersihnya Allah dari berbilang dan bersusun, jelaslah bahawa  padanya terkumpul segala sifat kesempurnaan. Dia tempat bergantung  tempat berlindung bukan dia yang menjadi perlindungan kepada yang lain, dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaan tidak pernah berkurang                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      .

 

 

 

 

2. Berdasarkan Firman Allah Subhanahu wataala :

  

Ertinya :Dan orang-orang  Yahudi berkata ;” Azir ialah anak Allah”dan orang-orang Nasrani berkata “ Almasih ialah anak Allah”.Demikianlah perkataan mereka dari mulut mereka sendiri ,(iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

 

Wajah Istadlal daripada ayat ini ialah pada : Demikian perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri( iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafur dahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search