A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Duit Digital (BITCOIN) Menurut Perspektif Islam

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2018

 

HUKUM DUIT DIGITAL (BITCOIN) MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

(Kertas mesyuarat Jamaah Ulama’ Bil : 3/1/2018)

 

Kategori : Sosial Syariah

 

Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu  Kelantan yang bersidang pada 02 Mei 2018 bersamaan 16 Syaaban 1439 Hijriah bertempat di bilik mesyuarat tingkat 4, Majlis Agama Islam Kelantan telah membincangkan  isu mengenai Hukum Duit Digital (Bitcoin) Menurut Perspektif Islam.

1          Mesyuarat membincangkan isu ini berdasarkan pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh Yang Berusaha Profesor Doktor Asmadi bin Muhamad Naim.

2.         Setelah membincangkan isu ini dengan terperinci mesyuarat bersetuju memfatwakan hukum penggunaan duit digital (Bitcoin) untuk membuat penjualan, pembelian, pajakan dan urusan niaga lain adalah tidak diharuskan menurut syarak.

3.         Keputusan ini dibuat berdasarkan sebab –sebab berikut:

·         Ia tidak patuh terhadap sistem pengawalan dan keselamatan maya.

·         Ia bertentangan dengan kewangan berpusat untuk  negara-negara dan bank-bank pusat.

·         Ia digunakan untuk melepaskan diri daripada agensi keselamatan bagi menjalankan aktiviti  haram.

·         Ia digunakan secara meluas oleh kumpulan bersenjata dan ektrimis seperti kongsi gelap, dadah dan penggubahan wang haram untuk mengelakkan diri daripada ditangkap dan didakwa.

·         Terdedah kepada unsur gharar, mengharap nasib dan penipuan

·          Ia hanya perdagangan mata wang elektronik sepenuhnya dalam talian sahaja.

·         Ia adalah mata wang digital yang tidak berpusat yang tidak mempunyai kehadiran fizikal dan tidak boleh diukur secara konkrit.

·         Ia mengandungi unsur  jihalah.

·         Tidak harus berjual beli menggunakannya.

·         Ia tidak mempunyai badan kawalan pusat di belakangnya.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search