A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Mengutip Derma Melalui Tabung Bergerak Semasa Khutbah Jumaat

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2017

 

HUKUM MENGUTIP DERMA MELALUI TABUNG BERGERAK SEMASA KHUTBAH JUMAAT.

(Kertas Mesyuarat Jamaah Ulama’ Bil ; 5/2/2017)

Tarikh : 06 Ogos 2017 / 13 Zulkaedah 1438H

 

(Kategori :Sosial / Syariah)

 

Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 06 Ogos 2017 bersamaan 13 Zulkaedah 1438H telah membincangkan isu mengenai Hukum Mengutip Derma Melalui Tabung Bergerak Semasa Khutbah Jumaat dan telah bersetuju memutuskan sebagaimana berikut:

1.         Mesyuarat membincangkan perkara ini dengan meneliti kertas kerja yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

2.         Isu ini dibincangkan kerana terdapat sungutan segelintir daripada masyarakat tentang pengedaran tabung bergerak semasa khutbah jumaat terutama di masjid-masjid mukim di negeri Kelantan.

keputusan

3          Setelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:

Perbuatan menggerakkan dan mengedarkan tabung derma masjid semasa Khatib membaca khutbah boleh menyebabkan ahli jemaah terganggu atau memalingkan mereka daripada mendengar khutbah, ia termasuk perbuatan yang tidak digalakkan dan menghilangkan fadhilat jumaat.

Oleh itu, Jawatankuasa Masjid dinasihatkan agar mencari kaedah lain umpamanya mengedarkan tabung sebelum khutbah dimulakan atau setelah selesai solat jumaat atau meletakkan tabung di setiap pintu masuk masjid.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search