A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Permohonan Penyeragaman Fatwa Mengenai Hukum Menerbit Dan Mengedar Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2016

 

PERMOHONAN PENYERAGAMAN FATWA MENGENAI HUKUM MENERBIT DAN MENGEDAR TERJEMAHAN AL-QURAN TANPA TEKS ASAL AL-QURAN.

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bil: 6/4/2016)

 

Kategori : Sosial Syariah

 

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 11 Disember 2016 bersamaan 11 Rabiulawal 1437H  telah membincangkan isu mengenai Permohonan Penyeragaman Fatwa Mengenai Hukum Menerbit Dan Mengedar Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran

 

1.         Mesyuarat membincangkan perkara ini berdasarkan permohonan daripada Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran yang memohon penyeragaman fatwa mengenai hukum menerbit dan mengedar terjemahan al-quran tanpa teks asal al-quran.

 

2.         Kementerian Dalam Negeri sedang dalam proses menguatkuasa larangan penerbitan terjemahan al-quran tanpa teks asal al-quran dalam bahasa arab. Penguatkuasaan larangan lebih kukuh jika disokong oleh keputusan fatwa yang melarang penerbitan berkenaan.

 

3.         Setelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju memfatwakan seperti berikut:

 

Tidak harus al-Quran itu ditulis dengan apa-apa bahasa lain selain bahasa arab. Akan tetapi harus diterima terjemahan dan tafsir al-Quran kepada bahasa yang lain dengan syarat hendaklah ditulis juga teks  asal dalam bahasa arab itu baik pada sebelah atas atau pada sebelah muka yang berhadapan.

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search