A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Pembentangan Skim Wakaf Tunai Bank Muamalat Malaysia Berhad: Cadangan Untuk Mengadakan Kerjasama Wakaf Tunai Bersama Majlis Agama Islam Kelantan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2016

 

PEMBENTANGAN SKIM WAKAF TUNAI BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD: CADANGAN UNTUK MENGADAKAN KERJASAMA  WAKAF TUNAI BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN

(Kertas Mesyurat Jemaah Ulama’ Bil: 5/3/2016)

 

Kategori : Sosial syariah

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 11 Disember 2016 bersamaan 11 Rabiulawal 1437H  telah membincangkan mengenai  isu Pembentangan Skim Wakaf Tunai Bank Muamalat Malaysia Berhad: Cadangan Untuk Mengadakan Kerjasama  Wakaf Tunai Bersama Majlis Agama Islam Kelantan.

1.         Mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut: Bank Muamalat Malaysia Berhad adalah sebagai mutawali atau wakil nazir kepada majlis Agama Islam Kelantan untuk mengurus bersama Wakaf Tunai dengan Majlis Agama Islam Kelantan. Walaubagaimanapun kuasa mengurus Wakaf Tunai ini tertakluk kepada keputusan dan terma-terma perjanjian yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Khas yang akan ditubuhkan nanti.

2.         Memfatwakan hukum pelaburan Wakaf Tunai antara bank Muamalat Berhad dengan Majlis Agama Islam Kelantan seperti berikut:

2.1).    Dana Wakaf Tunai diharuskan untuk pelaburan dengan syarat –syarat berikut:

i.          Pelaburan yang dijamin selamat oleh kerajaan atau mereka yang berkeahlian dalam pelaburan.

ii.          Ada rizab yang mencukupi bagi menjamin nilaian wakaf asal tidak terjejas.

iii.         Mendapakan  persetujuan pewakaf semasa wakaf tunai dilakukan bagi  mempastikan pematuhan syariah terhadap saluran lebihan dana untuk aktiviti – aktiviti perniagaan berbeza yang diharuskan .

2.2)     Dibenarkan sebahagian keuntungan daripada wakaf tunai dijadikan pembiayaan Qardhu Hassan, dan juga dilaburkan samada melalui pelaburan secara langsung, atau perkongsian bersama antara pelbagai pewakaf dalam satu fortfolio atau melalui kaedah penerbitan saham wakaf. Sebagai galakan untuk aktiviti wakaf dan merealisasikan perkongsian bersama tersebut.

2.3)     Pengurus (Nazir) Aset Tunai Wakaf boleh melaburkannya dengan membeli aset tetap Istisnak dan aset tersebut tidak dianggap sebagai aset wakaf, nazir atau wakilnya dibenarkan  menjual semula aset tersebut bagi tujuan kelangsungan pelaburan dengan mengekalkan nilai harta wakaf sebagaimana asal.

2.4).    Harus wakaf dalam bentuk tunai. Sebarang hasil pendapatan yang terzahir dari penggunaan dana wakaf tunai, hendaklah dimanfaatkan, manakala dana asalnya dikekalkan.

2.5)     Penggunaan dana wakaf tunai adalah diharuskan untuk kegunaan pinjaman yang patuh syariat atau pelaburan seperti mudharabah, manakala keuntungan darinya hendaklah disalurkan kepada  binapisari.

3.         Dalam melaksanakan kerjasama ini Majlis Agama Islam Kelantan hendaklah tidak terikat dengan apa-apa syarat yang dikemukakan oleh bank Muamalat Malaysia Berhad dan boleh menarik diri daripada kerjasama ini pada bila-bila masa.

4.         Identiti Majlis Agama Islam Kelantan selaku nazir tunggal wakaf  dinegeri Kelantan hendaklah dijamin terpelihara. Nama Majlis Agama Islam Kelantan hendaklah dizahirkan dalam penjenamaan kerjasama ini.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search