A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Menghisap Rokok Dan Shisha Dari Pandangan Islam

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

FATWA TAHUN 2014

 

HUKUM MENGHISAP ROKOK DAN SHISHA DARI PANDANGAN ISLAM

 

 (Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ 3/2/2014)  

 

 

 

Mesyuarat  Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang pada 08 Safar 1436 Hijrah bersamaan 01 Disember 2014 Masehi telah membincang kan isu mengenaiHukum Menghisap Rokok Dan Shisha Dari Pandangan Islam  dan telah bersetuju memfatwakan merokok dan menghisap shisha adalah haram pada pandangan Islam.

 

1.Fatwa ini dibuat berdasarkan hujah-hujah berikut:

 

1,1.      Islam menyuruh agar setiap setiap seorang itu mengambil yang baik lagi berkhasiat untuk keperluan diri, keluarga dan sebaginya. Rokok dan shisha tidak termasuk dalam kategori di atas bahkan ia termasuk dalam kategori “Al-Khabais” iaitu benda yang kotor dan jijik kerana pengambilan kedua-dua benda ini boleh membawa kemudharatan kepada penghisap rokok dan shisha serta orang lain dan di sekitarnya. Perkara ini telah diakui oleh pakar-pakar perubatan berdasarkan kajian mereka. Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-A’raf ayat 157:

 

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Ertinya: Dihalalkan kepada mereka perkara-perkara yang baik dan diharamkan kepada mereka perkara-perkara yang buruk/kotor.

2,1.      Islam melarang umatnya membiarkan diri sendiri dan orang lain terdedah dengan berbagai bahaya dan kemudharatan. Menghisap rokok dan shisha adalah termasuk dalam kategori membinasakan diri sendiri dan orang lain samada jangka pendek atau jangka panjang. Pandangan pakar-pakar perubatan tentang bahaya asap rokok dan shisha kepada penghisap rokok dan orang lain disekitarnya adalah bukti jelas tentang kemudharatannya.

 

            Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:

 

 

وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

 Ertinya: Dan belanjakanlah harta benda di jalan Allah dan jangan kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Sabda Rasulullah S.A.W:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya: Tidak boleh memudharatkan diri sendiri dan memudharatkan orang lain (HR Ahmad)

3,1.      Membelanjakan wang terhadap perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan dan manfaatnya amatlah ditegah dalam Islam. Perbuatan sedemikian boleh mendatangkan keburukan dan membawa kepada pembaziran harta, masa dan tenaga. Menghisap rokok dan shisha termasuk dalam kategori ini. Islam melarang setiap pembaziran seperti firman Allah Ta’ala.

 

وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا

Yang bererti: Dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.

4,1.      Terdapat kaedah feqah yang menegaskan pengambilan sesuatu yang memudharatkan adalah dilarang.

                                              " كُلُ مَا يَضُرَّ فَأَكْلُهُ اَوْ شُرْبُهُ حَرَامُ."

            Maksudnya: Setiap yang memudharatkan, maka hukum memakannya atau meminumnya adalah haram.

            Rokok dan shisha diharamkan memandangkan ia mempunyai keburukan yang besar berdasarkan kepada kenyataan pakar-pakar perubatan.

 

 

 

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search