A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Garis Panduan Pengendalian Masalah Kesihatan Seksual Dan Re Produktif Di Kalangan Remaja Di Klinik Kesihatan Dari Perspektif Syariah.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2013

 

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MASALAH KESIHATAN SEKSUAL DAN RE PRODUKTIF DI KALANGAN REMAJA DI KLINIK KESIHATAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH.

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama' Bilangan  : 5/1/2013)

Kategori – Sosial Syariah

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang  pada 09 Jun 2013 Bersamaan  30 Rejab 1434Hijriah telah membincangkan isu Garis Panduan Pengendalian Masalah Kesihatan Seksual Dan ReProduktif Di Kalangan Remaja Di Klinik Kesihatan Dari Perspektif Syariahdan telah bersetuju untuk  memutuskan  seperti  berikut :      

Setelah membincangkan kertas tersebut mesyuarat bersetuju membuat garis panduan seperti berikut:

 

HUKUM PENGGUGURAN KANDUNGAN

Pasangan Suami Isteri Yang Sah

Pasangan Luar Nikah (Rogol/Zina)

Pasangan (OKU)

 

Kerana Kecacatan

 

i. Menurut ijmak fuqaha’, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk.

 

 

 

 

 

 

ii. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri dan,

 

iii. Ijmak fuqaha’ berpendapat pengguguran janin yang  berumur sebelum 120 hari harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.

 

Pembawa atau penghidap penyakit talasemia

 

i. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri,

 

ii. Pengguguran janin yang  berumur sebelum 120 hari harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu dan,

 

 

 

 

iii. Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih  adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk.

 

 

 

Mangsa Rogol

 

i. Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ii. Pengguguran janin yang  berumur sebelum 120 hari harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

 

 

Zina

 

i.Menggugurkan kandungan zina adalah haram dalam semua keadaan kecuali mengekalkan kandungan akan memudaratkan nyawa ibu.

 

 

 

 

i.OKU (ujian akal di bawah paras 80) harus menggugurkan kandungan yang berusia kurang daripada 120 hari.

 

ii. Haram menggugurkan kandungan  yang  berusia lebih 120 hari kecuali jika memudaratkan nyawa ibu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasangan Suami Isteri Yang Sah

Pasangan Luar Nikah (Rogol/Zina)

Pasangan (OKU)

 

i.Hukum kontraseptip boleh dikiaskan kepada hukum Azal dalam Islam.Namun hukum azal harus bagi pasangan yang berkahwin sahaja.

 

ii.Penggunaan pil perancang kehamilan dibenarkan selama mana ia membantu pasangan yang sah untuk merancang keluarga bersandarkan kepada

 hadis Rasulullah saw:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

قال عمر وأخبرني عطاء سمع جابرا رضي الله عنه: كنَا نعزل والقرآن ينزل.

                        (رواه البخاري)

 

Maksudnya: Umar berkata, “Dan khabarkan kepadaku oleh Ata’ radiallahuanhu berkata, kami melepaskan mani di luar faraj dan waktu itu al-Quran diturunkan (jika ia dilarang sudah pasti al-Quran menjelaskan larangannya.)

 

        (diriwayatkan oleh al-Bukhari)

 

iii.Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MJKF) Kali Ke-28 memutuskan bahawa sistem susuk norplan ini adalah harus digunakan. Penggunaan sistem ini hendaklah tertakluk kepada keputusan muzakarah kali ke-12 pada 20 Januari 1977 bersamaan 9 Muharram 1392 yang memutuskan hukum perancang keluarga adalah seperti berikut:

 

a.       Memandul lelaki dan      perempuan adalah haram,

 

b.      Mencegah beranak ataumenghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan dan,

 

c.       Menyusun keluarga dari  kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang selain daripada (i) dan(ii) di atas adalah harus.

 

iv.Pemberian bahan kontraseptip tidak harus kepada pesakit yang dijangkiti atas perbuatan sendiri. Tetapi harus jika penyakit itu disebabkan oleh jangkitan melalui suami (melalui perkahwinan yang sah) atau pemindahan darah.

 

 

 

 

 

 

i.Pemberian ubat pencegah kehamilan kepada remaja yang masih belum berkahwin boleh membawa kepada dua keadaan iaitu sama ada remaja tersebut mengambil peluang ini untuk bertaubat atau mereka merasakan bahawa kehamilan bukanlah sesuatu yang sukar untuk ditangani jika terjebak dengan hubungan luar nikah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ii.Walaubagaimana pun, jika ia mendatangkan mudarat lebih besar kepada penzina atau anak yang mungkin akan lahir, pakar perubatan Islam yang berkelayakkan boleh menentukan keperluan pemberiannya dengan syarat:

 

a.       Untuk kes kali pertama sahaja kepada penzina bukan muhsin:

 

b.      Tiada sokongan ibu bapa, penjaga atau lain-lain,

 

c.       Taraf ekonomi yang meruncing (kemiskinan tegar),

 

d.      Persekitaran tidak sihat,

 

e.       Kesihatan mental dan fizikal,

 

f.        Izin keluarga atau penjaga dan,

 

g.       Memastikan keluarga penzina mendapat bimbingan, kaunseling dan pemantauan sempurna.

 

 

 

Kes Rogol

 

 

 

 

Pembekalannya adalah harus dengan mengambil kira maksud mangsa rogol mengikut perspektif syariah.

 

 

 

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search