A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Bukan Islam Memasuki Masjid

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

FATWA TAHUN 2011

 

HUKUM BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID

(Kategori :Sosial/ Syariah)

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama Bilangan 5/1/2011)

Tarikh : 24 Februari 2011/21 Rabiulawal 1432H

 

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang pada 24 Februari 2011 bersamaan 21 Rabiulawal 1432H telah membincangkan isu mengenaiHukum Bukan Islam Memasuki Masjid dan telah bersetuju membuat keputusan seperti berikut:

 

Huraian :

 

1.         Mesyuarat membincangkan perkara ini dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha. Mesyuarat dimaklumkan bahawa isu ini dibincangkan supaya satu garis panduan mengenai hukum bukan Islam memasuki masjid dapat dilaksanakan di negeri ini.

2.         Garis panduan mengenai hukum bukan Islam memasuki masjid perlu dibuat memandangkan masjid-masjid di negeri ini seperti Masjid Muhammadi Kota Bharu, Masjid Jubli Perak Rantau Panjang dan Masjid Kampong Laut telah dijadikan salah satu destinasi utama bagi pelancong dalam dan luar Negara. Antara mereka ialah yang bukan Islam. Mereka datang untuk melawat dan masuk kedalam masjid bagi melihat keindahan dan ukiran seni bina dalaman dan luaran masjid.

3.         Msyuarat juga mengambil maklum bahawa isu bukan Islam memasuki masjid telah lama diperbahaskan oleh para ulama dan mereka berbeza pendapat tentang masalah ini kerana tiada nas mutlak yang melarang orang-orang bukan Islam memasuki masjid kecuali Masjid Al-Haram Mekah Al-Mukaramah.

Keputusan :

 

 Setelah membincangkan isu ini mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:

Orang bukan Islam diharuskan memasuki masjid-masjid selain daripada masjid Al-Haram Makkah Al- Mukarramah dan kawasan Tanah Haram jika mempunyai sesuatu tujuan serta mendapat kebenaran pemerintah Islam.

1.    Orang-orang bukan Islam dibenarkan memasuki masjid dengan syarat berikut:

1. Dengan mendapat kebenaran daripada penguasa masjid.

2.Mereka mempunyai alasan kukuh untuk memasuki masjid.

3. Mereka mesti menghormati kemuliaan masjid kerana ia adalah tempat suci untuk beribadah.

4.  Lelaki dan perempuan tidak dibenarkan membuka aurat semasa masuk kedalam kawasan masjid.  

 

Hujjah/Dalil :

 Keputusan ini dibuat berdasarkan dalil-dalil berikut :

 

1. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا ۚ وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ إِن شَاءَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيم

Maksudnya:

 

 

         Wahai orang orang yang beriman! Sesungguhnya orang musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri masjid Al-Haram sesudah tahun mereka ini.

 

2. Selain daripada ayat larangan memasuki masjid Al-Haram, tidak terdapat nas –nas yang melarang orang bukan Islam memasuki masjid. Bahkan Rasulullah SAW pernah dikunjungi oleh rombongan penduduk Thaif lalu baginda menempatkan mereka di Masjid Al- Nabawi Madinah.

 

3. Rasulullah SAW seperti yang diutarakan dalam sahih Al-Bukhari pernah mengikat seorang tawanan perang bukan Islam iaitu Thamamah bin Athal A-Hanafi ditiang Masjid Al-Nabawi Madinah sehingga beliau memeluk Islam.

 

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search