A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Pelaburan Dalam Skim ASB, ASN Dan Pelaburan-Pelaburan Lain Seumpamanya

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2009

 

HUKUM PELABURAN DALAM SKIM ASB, ASN DAN PELABURAN-PELABURAN LAIN SEUMPAMANYA.

 

Kategori: Sosial /Syariah



KEPUTUSAN:

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 3/2009 di Bilik Mesyuarat Tingkat Tiga Majlis Agama Islam Kelantan  pada 27 Disember 2009 telah membincangkan Isu Hukum Pelaburan Dalam Skim ASB, ASN Dan Pelaburan-Pelaburan Lain Seumpamanya  dan telah bersetuju menbuat keputusan   seperti  berikut :

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan bersetuju memutuskan bahawa hukum pelaburan dalam skim ASB, ASN dan pelaburan-pelaburan lain seumpamanya adalah diharuskan. Keputusan ini dibuat berdasarkan hujah-hujah berikut:

 

Huraian :

 

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada hujah-hujah berikut :-

 

1.Harus melabur dalam skim ASB, ASN dan seumpamanya kerana kedudukan ekonomi Orang Melayu Islam di negara ini yang disifatkan berada di tahap dharurat. Dharurat yang dimaksudkan di sini ialah dilihat dari aspek ekonomi umat secara keseluruhan, bukan dari sudut individu.

 

Pelaburan skim-skim ini dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Hukum berurusan dengan orang yang mempunyai harta yang halal lebih banyak daripada yang haram adalah harus. Rasulullah SAW dan para sahabat berurusan dengan orang musyrikin yang mereka maklum tidak meningalkan perkara yang haram sama sekali. Sementara bermuamalat dengan orang yang memiliki harta yang haram lebih baik dari yang halal adalah makruh selama tidak diketahui atau tidak ditentukan ain yang haram tersebut.

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search