A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Mengenai Hukum Perlantikan Hakim Syarie Wanita

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2008

 

FATWA MENGENAI HUKUM PERLANTIKAN HAKIM SYARIE WANITA

 

Kategori : Syariah

 

 

Keputusan :

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 2/2008 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada  30  April  2008 telah membingcangkan Isu  Fatwa Mengenai Hukum Perlantikan Hakim Syarie dan telah bersetuju  memutuskan seperti  berikut :

 

Wanita harus menjadi Hakim dalam bidangkuasa tertentu kecuali dalam bidang Hudud dan Qisas.

 

Huraian :

 

Ini berdasarkan perubahan-perubahan hidup seperti taraf pendidikan yang melayakkan mereka menjadi Hakim.

 

 ISU DAN MASALAH:

 

Buat masa sekarang seramai tiga orang pegawai syarie wanita tealh dialntik bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan. Antara tugas mereka ialah menjadi pegawai sulh. Untuk melaksanakan tugas mereka sebagai pegawai sulh, tauliah perlantikan mereka sebagai hakim syarie tealh diberikan kepada mereka kerana mengikut kaedah-kaedah tatacara mal (sulh) 2007 enakman tatacara mal mahkamah syariah 2002 seksyen  5(1) menyatakan bahawa sulh adalah satu majlis yang hendaklah dipengerusikan oleh hakim atau pendaftar yang dilantik oleh ketua hakim syarie.Walaupun mereka telah diberi tauliah sebagai hakim syarie, namun buat masa sekarang mereka masih belum ditugaskan untuk menjadi hakim syarie untuk mendengar kes dimana-mana mahkamah syariah. Tauliah hakim syarie ayng diberikan kepada mereka juga tiadk meliputi kuasa untuk menjadi wali hakim dan mengistikhlafkan kuasa tersebut kepada orang lain.

 

 

 

 

 

 

DALIL DAN HUJAH

 

 

1- Ayat al-quran, firman Allah S.W.T dalam surah an-nisa’ ayat 34:

 

    الرجال قومون على النساء  بما فضل الله بعضهم على بعض وبما أنفقوا من أمولهم. .

 

yang menyatakan kepimpinan lelaki itu, bukanlah nas yang qati’e  mengenai alrangan melantik wanita sebagai  hakim. Firman Allah bermaksud: kerana orang lelaki telah membelanjakan sebahagian harta mereka. Ini menunjukkan bahawa ayat tersebut menjurus kepada kepimpinan lelaki dalam rumahtangga iaitu tanggungjawab suami memberi nafkah. Ibn Jarir At-tabari berpendapat bahawa kelebihan kaum lelaki adalah kewajiban suami memberi nafkah dan mahar kepada isterinya. Oleh itu Allah telah melebihkan kedudukan lelaki tersebut daripada isterinya sendiri seperti firman Allah: surah al-baqarah 228.

 

 

ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف وللرجال عليهن درجة والله عزيز حكيم                                     

                     

Menurut beliau lagi wanita harus dilantik menjadi hakim kerana dinisbahkan tiada halangan kepada wanita untuk berijtihad dan mengeluarkan fatwa.

 

1-      Mengenai hadis " لن يفلح قوم ولو امرهم امرأة "  yang bermaksud bangsa yang dipimpin oleh wanita tidak akan berjaya. Persoalannya adakah hadis ini merepakan peransang kepada tentera-tentera Islam agar mereka berusaha untuk menewaskan tentera negeri parsi atau sebagai dasar yang mengikut dalam apa situasi pun wanita tidak boleh menjadi hakim atau menteri atau jawatan penting dalam sesebuah negara. Mesyuarat bersetuju dengan pandangan bahawa  hadis tersebut membawa maksud kepimpinan umum keatas umat seluruhnya iaitu kepimpinan ketua Negara. Manakala sebahagian urusan tidak dilarang kepimpinannya wanita seperti kepimpinan dalam fatwa atau ijtihad periwayatan hadis, pentadbiran serta kehakiman.

 

2-      Rasulullah S.A.W pernah melantik seorang sahabat wanita iaitu Sumara’ binti Nahik Al-Asadiah. Sebagai Al-hisbah (pegawai penguatkuasa) sedangkan jawatan hisbah adalah cabang kepada tugas seorang qadi.Begitu juga Saidina Umar Al-Khatab pernah melantik seorang wanita As-syifa’ binti Abi Sulaiman untuk mengandali urusan dipasar Madinah. Ini bermakna wanita pernah terlebih secara langsung dibidang-bidang yang melantik penghakiman.

 

3-      Pendapat jumhur ulamak:

Dalam membincangkan mengenai perlantikan hakim, kitab-kitab fiqh telah menyenaraikan beberapa syarat yang dianggap penting untuk menentukan kelayakan seseorang menjadi hakim. Fuqaha sepakat berpendapat syarat umum yang perlu kepada hakim adalah:

 

-          Muslim

-          Berakal

-          Baligh

-          Merdeka

(Al-Mausua’h al-Fiqhiyah: 291)

 

 

4-      Pendapat Imam Malik, Syafie dan Hanbali:

Tidak harus wanita dilantik menjadi hakim kerana mereka tidak sah menjadi saksi. Mereka berpandangan syarat perlantikan seorang hakim itu mestilah orang yang sah menjadi saksi.

 

5-      Imam Abu Hanifah:

Seorang wanita boleh menjadi hakim dalam kes-kes yang mengharuskan mereka menjadi saksi.(Al-Mawardi: 83) ini bermakna harus seorang wanita dilantik menjadi hakim untuk memutuskan suatu kes selain kes yang boleh dijatuhkan hukuman hudud dan qisas. Ini kerana kesaksian wanita dalam kes-kes hudud dan qisas tidak boleh diterima. Menurut kitab tersebut jawatan penghakiman dan pengadilan mempunyai perkaitan dengan kesaksian. Dalam konteks kesaksian, wanita harus menjadi saksi selain daripada saksi dalam kes hudud dan qisas. Oleh itu kedudukan wanita sebagai hakim dalam penghakiman dan pengadilan untuk memutuskan kes hudud dan qisas tidak boleh diterima juga. (Mausu’ah Al-Fiqhiyah: 291) secara umumnya perlantikan hakim syarie wanita untuk menghakimi kes-kes yang berkaitan dengan Al-Ahwal Al-Syakhsiah adalah sah.

Dalam kitab البدائع jilid 7,halaman 3 menyebutkan seperti yang dipetik oleh Haji Said Ibrahim turut mengaitkan kelayakan wanita menjadi saksi dengan syarat menjadi hakim:

 

Lelaki tidak menjadi syarat mutlak untuk dilantik menjadi hakim, kerana perempuan secara mutlak harus menjadi saksi kecuali dalam kes hudud dan qisas di mana perempuan tidak diterima kesaksian dalam kes hudud dan qisas tersebut.

(Haji Said Ibrahim: 499)

 

 

6-      Pendapat Ibnu Jarir dan Al-Mawardi

Orang perempuan harus dilantik menjadi hakim untuk menghakimi semua kes sebagaimana yang dilakukan oleh seorang lelaki tanpa berkecuali.

 

(ظفير القاسيمى : 250، أحكام السلطانية: 83)

 

            Beliau membenarkan wanita menjadi hakim secara mutlak berdasarkan   

   kemampuan seseorang. Beliau menegaskan wanita harus dilantik menjadi mufti sekiranya wanita tersebut mampu memberi fatwa dalam semua masalah feqah. Ini berdasarkan kepada bukti bahawa saidatina Aisyah adalah salah seorang  ahli fatwa Negeri Madinah.(ibid)

   Beliau dalam mengemukakan pendapat mengenai keharusan melantik wanita sebagai hakim mengulas bahawa pandangan At-Tabari yang mengatakan harus wanita menjadi hakim kepada keseluruhan kes adalah agak janggal dan lemah(syaz) dan ditolak oleh ijma’ ulamak.(al-Mawardi: 83)

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search