A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Mohon Pandangan Berhubung Dengan Cadangan Memindahkan Rumah Yang Diwakaf Dari Tapak Asal Ke Tapak Baru

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

MOHON PANDANGAN BERHUBUNG DENGAN CADANGAN MEMINDAHKAN RUMAH YANG DIWAKAF DARI TAPAK ASAL KE TAPAK BARU

 

Kategori   : Sosial/syariah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Jun 1998 telah membincangkan mengenai Mohon Pandangan Berhubung Dengan Cadangan Memindahkan Rumah Yang Diwakaf Dari Tapak Asal Ke Tapak Baru dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Mesyuarat membincang masalah tersebut dengan mengambil kira suasana yang wujud

sekarang serta maslahat wakaf tersebut untuk memenuhi maksud dan niat si pewakaf itu

sendiri dan bersetuju membuat keputusan sebagaimana berikut:

 

Bahawa rumah kayu yang diwakaf oleh al-Marhumah Tengku Embong binti al-

Marhumah Tengku Puteh (Raja Patani) boleh di dipindahkan ke tapak baru yang sesuai

dan nazir wakaf tersebut hendaklah memastikan supaya ianya terus dimanfaatkan

sebagaimana maksud wakaf itu sendiri.

 

Huraian:

 

Mesyuarat dimaklumkan bahawa kertas ini telah dibawa ke mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis yang diadakan pada 20 Sya’aban 1418 bersamaan 20 Disember 1997 dan bersetuju ditangguhkan perbincangan mengenainya bagi membolehkan Ahli Jemaah Ulama’ mendengar penjelasan yang lebih terperinci dari nazir wakaf tersebut berhubung dengan latar belakang awal serta kedudukan sebenar wakaf ini pada masa kini. Kertas ini dibentang semula untuk dibincang dalam mesyuarat kali ini.

 

Nazir wakaf tersebut Haji Wan Adnan Bin Wan Muhammad Soleh hadir untuk memberi penjelasan berhubung dengan wakaf tersebut. Butir-butir penjelasan beliau adalah sebagaimana berikut:

 

(1)         Wakaf tersebut berupa rumah kayu yang diwakaf oleh al-Marhumah Tengku Embong semasa hayatnya dan tidak termasuk tapak rumah. Rumah wakaf tersebut asalnya terletak berhampiran Masjid Muhammadi tetapi dipindahkan ke tapak sekarang sekitar tahun enam puluhan lagi kerana tapak tersebut terlibat dengan projek perluasan tapak Masjid Muhammadi untuk membina bangunan masjid tambahan.

 

(2)         Kini di tapak rumah wakaf itu telah dibina rumah baru dan kedudukan rumah lama yang diwakaf itu tidak lagi sesuai, bahkan pihak MPKB mengarahkan supaya ianya dirobohkan atau dipindahkan.

 

(3)         Kini tiada tapak lain sekitar kawasan Bandar Kota Bharu untuk memindahkan rumah lama tersebut, tetapi ada tapak cadangan di luar kawasan Bandar Kota Bharu iaitu dalam kawasan Pondok Pasir Tumboh di mana tuan tanah bersetuju menempatkan rumah wakaf tersebut.

 

(4)         Pada masa ini anak cucu zuriat si pewakaf (wakif) tidak lagi bersedia untuk tinggal di rumah tersebut kerana masing-masing sudah ada rumah sendiri.  Dengan itu keadaan rumah tersebut akan terbiar dan tidak terurus sekiranya berada di tapak yang ada sekarang.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search