A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Wakaf Tengku Kaya Pahlawan Mengenai Penggunaan Istilah Anak Cucu Dan Lain-Lain

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

WAKAF TENGKU KAYA PAHLAWAN MENGENAI PENGGUNAAN ISTILAH ANAK CUCU DAN LAIN-LAIN

 

Kategori  : Sosial/syariah

 

 

 Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 20 Disember 1997 telah membincangkan mengenai Wakaf Tengku Kaya Pahlawan Mengenai Penggunaan Istilah Anak Cucu Dan Lain-Lain (Kertas Bil.4/1/97) dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Soalan – soalan yang dikemukakan adalah sebagaimana berikut:

 

Soalan 1 :Apakah yang dimaksudkan dengan “anak cucu” dalam surat cara  wakaf  tersebut? Daripada siapa bermula dan ke mana berakhirnya?

 

 

Jawapan 1:         Maksud dengan “anak cucu” iaitu anak atau anak-anak dan juga cucu atau cucu-cucu yang lahir dari perkahwinan yang sah menurut hukum syarak samada lelaki atau perempuan dan tidak termasuk cicit, ciat dan seterusnya.

 

Soalan 2  :           Apakah yang dimaksudkan dengan zuriatku? Daripada manakah ( siapa ) dan ke manakah berakhirnya?

 

 

Jawapan 2:         Maksud dengan “zuriat” iaitu mereka yang dilahirkan dari satu – satu nasab hasil dari perkahwinan yang sah menurut hukum syarak. Dalam konteks suratcara wakaf Tengku Kaya Pahlawan, maksud zuriat iaitu mereka yang tergolong dalam kumpulan waris bermula dari cicit dan ke bawah (hingga turun temurun).

 

Soalan 3   :          Apakah tujuan al-marhum menggunakan perkataan “kemudian kepada……”?

Apakah melalui perkataan “kemudian” di situ menunggu sehingga terputus “ anak cucu”?

 

Jawapan 3:   Maksud penggunaan perkataan “kemudian kepada……” dalam surat cara tersebut boleh difahami sebagai urutan berikutnya menurut giliran selepas habis waris yang pertama iaitu “anak cucu”.

 

 

Antara nas-nas yang dirujuk ialah:

 

 

 

(ا)           اعانة الطالبين، جزء 3 هلامن 170 جيتقكن دار المعارف، فولو فينع بربويي :-

               

 

( قوله فائدة) أي في بيان أحكام الوقف المتعلقة بلفظ الواقف (قوله الواوالعاطفة) أى المذكورة في صيغة الواقف (قوله للتسوية الخ) الجار والمجرور متعلق بمحذوف خبر المبتدا وهو الواو العاطفة أى الواو واو العاطفة للتسوية بين المتعاطفات في الاستحقاق لأن الواو مطلق الجمع لا للترتيب ولا فرق فيها بين الذكر والأنثى والخنثى (قوله كوقفت هذا على أولادى وأولاد أولادى) اى فيكون الوقف عليهم بالسوية قال في شرح الروض ولا يدخل فيهم من عداهم من الطبقة الثالثة فمن دونها الا أن يقول أبدا أوما تناسلوا أو نحوه (قوله وثم والفاء للترتيب) اي بين المتعاطفات وذلك كوقفت هذا على أولا دي ثم أولاد أولادي أوفأولاد أولادي فلا يصرف الوقف على الطبقة الثانية الا بعد انقراض الأولى للترتيب المستفاد من الاداة.

 

(ب)        السراج الوهاج هلامن 228-229 جيتقكن دار الفكر البيروت 1995 بربويي :-

 

قوله : وقفت على اولادى واولاد اولادى يقتضي التسوية بين الكل، وكذا زاد ما تناسلوا بطنا بعد بطن. ولو قال : على أولادي ثم اولاد اولادى ثم اولادهم ماتناسلوا، او على أولاد أولادي الأعلى فالأعلى، أو الاول فالاول فهو للترتيب، ولا يدخل اولاد اولادهم في الوقف على الاولاد في الاصح، ويدخل اولاد البنات في الوقف على الذرية والنسل والعقب واولاد الاولاد الا أن يقول على من ينتسب الى منهم.

 

Huraian:

 

 

Mesyuarat dimaklumkan bahawa Pejabat Mufti menerima surat daripada seorang cucu al-Marhum Tengku Kaya Pahlawan yang memohon supaya istilah “anak cucu” dan “zuriat” seperti yang terkandung dalam suratcara Wakaf Tengku kaya Pahlawan diberi takrif yang tepat dan jelas.  Masalah ini ada kaitan dengan soal pengagihan pendapatan dari tanah wakaf Tengku Kaya Pahlawan yang ditasarrufkan (دتصرفكن) oleh Majlis Agama Islam Kelantan selaku nazir, di mana menurut apa yang diamalkan sekarang, pendapatan tersebut dibahagi-bahagikan sama banyak di kalangan waris, termasuk cucu, cicit dan seterusnya.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search