A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Tanah Perkuburan Islam Di Atas Tanah Persendirian Milik Orang Bukan Islam

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

TANAH PERKUBURAN ISLAM DI ATAS TANAH PERSENDIRIAN MILIK ORANG BUKAN ISLAM

 

Kategori  : Sosial/syariah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 22 Disember 1996 telah membincangkan mengenai Tanah Perkuburan Islam Di atas Tanah Persendirian Milik Orang Bukan Islam (Kertas Bil.6/2/96) dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

               

Mesyuarat membincang masalah tersebut dengan mendalam dari berbagai aspek dan bersetuju memberi pandangan sebagaimana berikut :

 

(1)         Jangkaan bahawa kawasan perkuburan itu lebih kurang empat puluh kaki persegi mungkin tidak tepat kerana tiada bukti sebenar yang menunjukkan saiznya adalah sebagaimana jangkaan tersebut.  Dengan ini agar sukar untuk memastikan bahawa tanah tersebut kosong dari perkuburan setelah ianya digali dan dipindahkan.

 

(2)         Perkuburan hendaklah dihormati dan diawasi dengan baik supaya tidak diperlakukan sebarangan walaupun di mana jua ia terletak. Oleh itu mesyuarat menyarankan kepada pihak berwajib atau kerajaan supaya berusaha menyelamatkan perkuburan tersebut dengan cara mengambil balik tanah milik itu menurut saluran undang-undang yang berkuatkuasa sekarang.

(3)         Walau bagaimanapun sekiranya usaha tersebut tidak mungkin dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka usaha terakhir perkuburan tersebut bolehlah dipindahkan ke tempat lain yang lebih selamat.

 

 

Huraian:

 

Kertas mengenai perkuburan Islam lama yang terletak di atas tanah milik orang bukan Islam dibentang bagi mendapat pandangan Jemaah Ulama’ Majlis.  Perkuburan tersebut terletak di atas tanah Lot 4247 Mukim Guntung, Kota Bharu ( Keluasan 1.6212  hektar ).  Latar belakang perkuburan tersebut adalah sebagaimana berikut :

 

(i)           Siasatan yang dijalankan mendapati perkuburan tersebut wujud sejak tahun 1920 -an meliputi sekitar empat puluh kaki persegi dan kini tidak lagi digunakan.

 

(ii)         Jumlah perkuburan dianggarkan kira-kira enam puluh, berdasarkan batu nisan yang sebahagiannya berselerak.  Bahkan ada pendapat yang mengatakan jumlahnya lebih dari itu.

 

(iii)        Tuan Tanah ( Tan Tuan Pit ) tidak bercadang menjual tanahnya kerana sukar untuk membeli ganti, bahkan bercadang untuk mengadakan projek perumahan di atas tanah tersebut, oleh itu beliau meminta supaya perkuburan tersebut dipindahkan dan perbelanjaan pemindahan perkuburan tersebut ditanggung olehnya.

 

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search