A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Menjemput Orang Bukan Islam Ke Majlis –Majlis Bercorak Agama Dan Lain-Lain Yang Diadakan Dalam Bangunan Masjid

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

MENJEMPUT ORANG BUKAN ISLAM KE MAJLIS –MAJLIS BERCORAK AGAMA DAN LAIN-LAIN YANG DIADAKAN DALAM BANGUNAN MASJID

 

Kategori   : Sosial/syariah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 24 Mac 1996 telah membincangkan mengenai Menjemput Orang Bukan Islam Ke Majlis –Majlis Bercorak Agama Dan Lain-Lain Yang Diadakan Dalam Bangunan Masjid dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

(أ‌)                 Bahawa orang bukan Islam atau orang kafir boleh masuk ke dalam bangunan masjid dengan izin orang Islam terutama pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas masjid bagi apa jua tujuan yang baik dan berfaedah.

 

(ب‌)             Fatwa ini berlandaskan kepada nas yang terdapat dalam kitab-kitab muktabar seperti Al Fiqhul Islami Wa Adillatuh oleh Wahbah Zuhaili juzuk 1, cetakan Darul Fikri, Damsyik tahun 1985, halaman 393 berbunyi:

 

 

ويجوز عند الشافعية للكافر دخول المسجد غير المسجد الحرام وحرم مكة، وله أن يبيت

 فيه،ولو كان جنبا في الأصح، ولكن بإذن المسلمين.

 

 

 

Maksudnya :

 

Menurut Mazhab Syafie, orang kafir harus masuk ke dalam masjid selain dari Masjidil Haram dan seluruh bumi Mekah. Selain dari itu harus baginya tidur di dalam masjid sekalipun dalam keadaan berjunub menurut qaul yang asoh (أصح) dengan syarat mendapat keizinan terlebih dahulu dari orang-orang Islam.

 

 

                        Dalam kitab yang sama, juzuk ke 3, halaman 583 berbunyi:

 

وقال الشافعية والحنابلة: يمنع غير المسلم، ولو لمصلحة من دخول حرم مكة،لقوله تعالى

(( ياأيها الذين آمنوا إنما المشركون نجس, فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا))

وقدورد فى الأثر : (( الحرم كله مسجد)). ويجوز عندهم للكافر لحاجة دخول المساجد

 الأخرى غير المسجد الحرام بإذن المسلمين: لأن نص الآية فى المسجد الحرام.....

 ولأن النبي (ص)قدم عليه أهل الطائف، فأنزلهم فى المسجد قبل إسلامهم.

                               

 

Maksudnya:

 

Dan menurut mazhab Syafie dan Hanbali: Orang bukan Islam ditegah masuk ke dalam Masjidil Haram Mekah sekalipun ada maslahat kerana firman Allah

Subhanahuwataala.

 

(( ياايها الذين امنوا انما المشركون نجس فلا يقربوا المسجد الحرام بعد عامهم هذا.))

 

Maksudnya:

 

Wahai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang musyrikin itu adalah najis, maka janganlah mereka menghampiri Masjidil Haram selepas tahun ini.

 

Dan lagi terdapat di dalam athar آثرberbunyi :  الحرم كله مسجد(Tanah Haram (Mekah) semuanya adalah masjid).

 

(Menurut pendapat Mazhab Syafie dan Hanbali) Orang-orang Kafir boleh masuk ke dalam masjid lain selain dari Masjidil Haram kerana ada urusan tertentu, dengan syarat mendapat keizinan dari orang Islam. Ini adalah kerana tegahan dalam ayat tersebut khusus bagi Masjidil Haram sahaja…. Dan nabi SAW pernah dikunjungi oleh satu rombongan dari penduduk-penduduk Taif dan mereka ditempatkan dalam masjid sebelum memeluk Islam.

 

Huraian:

 

Permohonan fatwa berhubung dengan masalah yang tersebut di atas dikemukakan bagi tujuan mengelakkan percanggahan pendapat di kalangan masyarakat Islam sendiri mengenai hukum yang membabitkan orang bukan Islam dalam aktiviti-aktiviti keagamaan dan sosial yang diadakan dalam masjid. Pada masa kini terdapat pengesyoran-pengesyoran supaya mengajak atau menjemput orang bukan Islam menyertai program-program tertentu yang diadakan di masjid seperti majlis sambutan hari-hari kebesaran Islam dan sebagainya. Dengan itu, mereka berpeluang mengetahui dengan lebih dekat kebaikan ajaran Islam yang akhirnya mendorong mereka menganut agama Islam. Inilah matlamat yang tersirat di sebalik usaha tersebut.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search