A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Pembangunan Atas Tanah Tapak Masjid

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PEMBANGUNAN ATAS TANAH TAPAK MASJID

 

Kategori    :  Sosial/syariah

                                Wakaf

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 24 Mac 1996 telah membincangkan mengenai Pembangunan Atas Tanah Tapak Masjid dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Soalan – soalan yang dikemukakan berhubung dengan masalah ini ialah:-

 

Soalan (ا) :          Adakah wakaf untuk masjid bermaksud tapak bagi bangunan masjid atau termasuk juga kawasan masjid-masjid?

 

Jawapan (ا):       Tanah wakaf untuk masjid adalah termasuk     tapak di mana didirikan bangunan masjid dan juga kawasan atau halaman bagi masjid setakat mana sempadan tanah yang ditentukan kepadanya.  Itu berdasarkan hujah dari kitab Kaashifatus sajaa (كاشفة السجا) halaman 29 berbunyi:

 

 

 

ودخل المسجد هو أوه وما اتصل به من روشن وغصن شجرة اصلها خارج لا عسكه

 ورحبته لا حريمه, فرحبة المسجد هي الساحة المنبسطة والحريم ما حوله

 من المرفق.....

 

 

 

                                Maksudnya:

               

Dan termasuk juga di bawah pengertian masjid ialah ruang udara bahagian dalam serta suatu yang ada kaitan dengannya (masjid) seperti tingkap dan dahan-dahan kayu yang umbinya di luar kawasan masjid, tetapi bukan sebaliknya, juga halamannya tetapi bukan tempat buang sampah.  Halaman masjid ertinya  kawasan terbuka dan maksud dengan tempat buang sampah iaitu sekitar kawasan bucu kawasan masjid.

 

 

 

Dalam kitab ‘I’anah Talibin (اعانة الطالبين) juzuk ketiga halaman 160 berbunyi:

 

 

ولا يثبت حكم المسجد من صحة الاعتكاف وحرمة المكث للجنب مما اضيف

من الارض الموقوف حوله اذا احتيج الى توسعته على ما أفتى به شيخنا ابن

 زياد وغيره.

 

 

Maksudnya:

 

Adalah tidak termasuk sebagai masjid yang sah i’tikaf serta haram duduk di dalamnya bagi orang berjunub, tanah yang diwakaf di sekelilingnya apabila ia diperlukan untuk maksud peluasan masjid. Demikian maksudnya fatwa guru kami Ibnu Ziyad dan lain-lain.

 

Soalan (ب):        Bentuk bangunan atau aktiviti-aktiviti yang macam mana boleh dibuat di dalam kawasan masjid?

 

Jawapan (ب):    Bangunan lain yang bukan masjid atau lain-lain aktiviti harus didirikan atau diadakan di atas tanah atau kawasan masjid dengan syarat:

 

(i)           Tidak menghalang kepada rancangan peluasan bangunan masjid sekiranya diperlukan kelak.

 

(ii)         Bangunan atau penggunaannya tidak   mendatangkan aib atau fitnah kepada kesucian masjid itu sendiri.

 

(iii)        Manfaat yang diperolehi dari bangunan itu hendaklah untuk faedah masjid juga.

 

(iv)        Apa jua aktiviti yang dilaksanakan adalah untuk faedah umum umat Islam serta tidak berlawanan dengan fungsi sebenar masjid sebagai rumah Allah.

 

Soalan (ج)  :       Adakah tanah kerajaan yang akan diwartakan atau telah pun diwartakan sebagai kawasan masjid boleh dipecah sempadan semula oleh kerajaan untuk dijadikan tapak bangunan masjid serta halamannya dan juga dijadikan tapak bangunan-bangunan lain yang bukan masjid.

 

 

 

 

Jawapan (ج):     Tanah tapak masjid atau milik masjid boleh dipecah sempadan semula sekiranya mustahak untuk tujuan mendirikan bangunan lain di atasnya dengan syarat tujuan pembinaan bangunan itu tidak berlawanan dengan syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam perenggan (ب) di atas.

 

 

Soalan (د):          Adakah tanah wakaf masjid boleh ditukar ganti atas sebab-sebab; pengambilan balik tanah oleh kerajaan untuk tujuan atau kepentingan lain, atau untuk pembangunan lain yang boleh memberi faedah kepada Majlis atau orang awam atau pun untuk pembangunan ekonomi bagi faedah masjid itu sendiri berasaskan konsep biaya sendiri (self financing)?.

 

 

Jawapan (د):      Terpulanglah kepada pihak yang berkuasa selaku Nazir yang sah untuk membuat istibdal atau membangunkan tanah wakaf masjid atau tanah untuk masjid dengan tertakluk kepada  syarat-syarat yang diharuskan oleh syarak.

 

Huraian:

 

Satu kertas mengenai perkara di atas dibentang dalam mesyuarat untuk dibincang dan seterusnya mendapat keputusan fatwa mengenainya. Kertas tersebut menerangkan bahawa terdapat tiga kategori tanah tapak masjid sebagaimana berikut:

 

(1)         Tanah kerajaan yang dicadangkan untuk diwartakan sebagai tapak masjid.

 

(2)         Tanah kerajaan yang telah pun diwartakan sebagai tapak masjid.

 

(3)         Tanah individu atau syarikat yang diserahkan kepada kerajaan untuk dijadikan tapak masjid.

 

Tanah-tanah yang diwartakan itu kemungkinan untuk  dijadikan tapak bangunan masjid atau dijadikan kawasan (halaman) masjid.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search