A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Pengwujudan Pasukan Brassband Di Sekolah-Sekolah Di Bawah Yayasan Islam Kelantan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PENGWUJUDAN PASUKAN BRASSBAND DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH YAYASAN ISLAM KELANTAN

 

Kategori    : Sosial /Syariah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 05 Ogos 1995 telah membincangkan mengenai Fatwa Berhubung Dengan Cadangan Pengwujudan Pasukan Brassband Di Sekolah-Sekolah Di bawah Yayasan Islam Kelantandan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Mesyuarat telah mengkaji dan meneliti kertas cadangan pengwujudan dan penubuhan pasukan Brassband tersebut berdasarkan jenis-jenis peralatan muzik yang akan digunakan oleh pasukan tersebut.

 

Setelah membuat kajian dengan berpandukan nas-nas syarie mesyuarat bersetuju membuat keputusan sebagaimana berikut:

 

(1) Tiada halangan dari segi syarak tentang cadangan penubuhan pasukan Brassband di sekolah-sekolah, jika konsep dan pelaksanaannya tidak berlawanan dengan hukum syarak.

 

(2) Walau bagaimanapun, penggunaan alat-alat muzik dari jenis tiupan dan bertali adalah haram hukumnya. Ini berdasarkan pendapat-pendapat ulama’ yang dipetik dari kitab-kitab yang muktabar. Antaranya kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh juzu’ 3 karangan Wahbah Zuhaili halaman 574 berbunyi:

 

 

وأما الالآت: فيحرم في المشهور من المذاهب الأربعة (الحنفية والمالكية والشافعية والحنابلة ) استعمال الالات التي تطرب كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار والرباب وغيرها من ضرب الأوتار والنايات والمزامير كلها. فمن أدام استماعها، ردت شهادته، لقوله (ص) : ليكونن من أمتي أقوام يستحلون الخمر والخنازير والخز والمعازف)) وفي لفظ : (( ليشربن ناس من أمتي الخمر، يسمونها بغير اسمها، يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات، يخسف الله بهم الأرض،  ويجعل منهم القردة والخنازير.))

 

Maksudnya:

 

Adapun alat-alat (muzik), maka menurut pendapat yang masyhur dari empat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali) haram menggunakan alat-alat hiburan seperti gambus, biola, gitar, dram, serunai, rebab dan lain-lain dari semua jenis alat bertali, seruling dan juga serunai. Barang siapa yang selalu mendengarnya gugurlah hak kesaksian. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:Akan terjadi di kalangan umatku golongan yang berseronok dengan arak, daging babi, pakaian sutera dan muzik.

 

Menurut lafaz lain pula (sesungguhnya akan ada di kalangan umatku  mereka yang minum arak di mana mereka memanggilnya dengan suatu nama lain, tergantung dari bahagian atas kepala mereka irama muzik, lalu Allah menenggelam mereka ke dalam bumi serta menjadikan sebahagian mereka kera dan babi).

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search