A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Wanita Menjadi Hakim Atau Majistret Bagi Kes Sivil Atau Jenayah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

WANITA MENJADI HAKIM ATAU MAJISTRET BAGI KES SIVIL ATAU JENAYAH

 

Kategori   : Sosial/syariah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 17 April 1995 telah membincangkan mengenai Wanita Menjadi hakim Atau Majistret Bagi Kes Sivil Atau Jenayah dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Semasa membincang masalah ini, mesyuarat merujuk kepada beberapa pandangan ulama’ muktabar yang terdapat dalam kitab-kitab feqah. Antaranya yang menjadi bahan rujukan ialah  الميزان الكبرىjuzuk kedua, danالفقه الاسلام وادلتهjuzuk yang ke enam. Setelah berbincang dengan panjang lebar, maka mesyuarat bersetuju membuat rumusan sebagaimana berikut:

 

(1) Dalam sistem kehakiman secara Islam, sebahagian besar ulama’ feqah mensyaratkan hakim hendaklah orang lelaki. Lantaran itu perempuan tidak boleh  dilantik menjadi hakim. Ulama’ yang berpandangan sedemikian terdiri dari Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali.

 

Mereka bersandarkan kepada firman Allah:

 

الرجال قوامون على النساء                                                                                                        

 

Maksudnya: Lelaki itu pemimpin ke atas perempuan.

 

Dan juga berdasarkan hadis Rasulullah SAW :

 

لن يفلح قوم ولوا أمرهم أمرأة                                             

 

Maksudnya:

Tidak akan beroleh kejayaan suatu kaum yang melantik perempuan bagi mengendalikan urusan mereka.

 

(2) Manakala Mazhab Abu Hanifah mengharuskan perempuan dilantik menjadi hakim dalam perkara-perkara mengenai mal atau sivil kerana kesaksian mereka dalam perkara tersebut boleh diterima. Adapun dalam perkara mengenai jenayah maka perempuan tidak boleh dilantik menjadi hakim.

 

(1)   Memandang kepada keadaan dan realiti yang wujud di negara ini pada masa ini di mana kehakiman Islam tidak berdaulat sepenuhnya, bahkan sistem kehakiman barat sedang dijalankan dalam banyak perkara, maka mesyuarat berpendapat, penggunaan sistem kehakiman yang tidak menurut Islam ini dipakai adalah secara dharurat, maka hakim-hakim perempuan yang dilantik itu juga adalah secara dharurat.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search