A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Mengenai Penyaksian Upacara Pembakaran Mayat Orang Bukan Islam, Perlantikan Ketua Agama Bagi Orang Bukan Islam Dan Memberi Kebenaran Mengadakan Pertunjukan Kebudayaan Dalam Bulan Ramadhan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA MENGENAI PENYAKSIAN UPACARA PEMBAKARAN MAYAT ORANG BUKAN ISLAM, PERLANTIKAN KETUA AGAMA BAGI ORANG BUKAN ISLAM DAN MEMBERI KEBENARAN  MENGADAKAN PERTUNJUKAN KEBUDAYAAN DALAM BULAN RAMADHAN

 

Kategori    :  Sosial /Syariah

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 januari 1995 telah membincangkan mengenai Penyaksian Upacara Pembakaran Mayat Orang Bukan Islam, Perlantikan Ketua Agama Bagi Orang Bukan Islam Dan Memberi Kebenaran Mengadakan Pertunjukan Kebudayaan Dalam Bulan Ramadhan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

(1) Apa-apa jenis pertunjukan  kebudayaan yang boleh mengganggu ketenteraman orang –orang Islam beribadat dalam bulan Ramadhan seperti sembahyang terawih dan tadarus al-Quran tidak harus dibenarkan bagi mereka melakukan perkara tersebut kerana menghormati bulan Ramadhan, kecuali jenis-jenis kebudayaan tanpa bunyi –bunyian dan lakonan yang tidak mengganggu ketenteraman orang Islam.

 

(2) Mana-mana orang Islam adalah tidak harus menyaksi upacara membakar mayat orang kafir.

 

(3) Orang –orang Islam adalah harus melantik ketua agama bagi orang –orang kafir.

 

Huraian:

 

Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat khas yang diadakan pada malam ini ialah untuk membincang dan membuat keputusan hukum mengenai masalah- masalah berikut:

 

(1) Orang-orang  Islam yang menyaksikan upacara membakar mayat oleh orang bukan Islam.

 

(2) Orang- orang  Islam yang melantik ketua agama bagi orang bukan Islam.

 

(3) Kedudukan hukum mengenai memberi kebenaran kepada orang bukan Islam membuat pertunjukan kebudayaan di dalam bulan Ramadhan.

 

Mesyuarat telah membincang mengenai masalah tersebut di atas dan meneliti nas-nas di dalam kitab-kitab muktabar, antaranya kitabيسئلونك في الدين والحياهoleh

Doktor  الشرباصى, jilid 7, muka surat 513dan kitab  الموالاة والمعادة

olehمحماس بن عبدالله بن محمد الجلعود jilid 2, mukasurat 744,

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search