A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Menentukan Nasab Anak Yang Lahir Selepas Enam Bulan Berkahwin

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA MENENTUKAN NASAB ANAK YANG LAHIR SELEPAS ENAM BULAN BERKAHWIN

 

Kategori  : Sosial /syariah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 7 November 1993 telah membincangkan mengenai Menentukan Nasab Anak Yang Lahir Selepas Enam Bulan Berkahwin dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Bahawa anak yang dilahirkan itu tidak dianggap anak luar nikah bahkan hendaklah dikira anak hasil daripada perkahwinan pasangan tersebut. Pengakuan perempuan itu bahawa dia sedang mengandung dua bulan ketika  mula  berkahwin dengan suaminya.Tidak boleh dijadikan alasan untuk menafikan kedudukan anak tersebut sebagai anak mereka yang sah menurut hukum syarak. Ini adalah kerana pengakuannya itu belum boleh dijadikan bukti yang meyakinkan bahawa dia sedang mengandung kecuali disahkan oleh pakar dalam bidang berkenaan, lagipun dia didapati melahirkan anak selepas enam bulan berkahwin di mana menurut hukum syarak anak yang dilahirkan selepas enam bulan satu lahzah berkahwin dikira sebagai anak yang sah kepada pasangan tersebut. Hal ini boleh dirujuk kepada kitab-kitab feqah khususnya kitab Bugyah Al-Mustarsyidin dalam bab Al-ila’, Al-Zihar dan Al-li’an halaman 236 berbunyi :

 

 

كما لو علم زناها واحتمل كون الحمل منه أو من الزنا ولا عبرة بريبة يجدها من غير قرينة فالحاصل أن المولود على فراش الزوج لا حق به مطلقا إن أمكن كونه منه ولا ينتفى عنه إلا باللعان والنفى تارة يجب وتارة يحرم وتارة يجوز ولا عبرة بإقرار المرأة بالزنا وإن صدقها الزوج وظهرت أمارته

 

 

 

 

Maksudnya:

 

Jika diketahui bahawa perempuan itu telah melakukan zina dan punca hamilnya itu diragui sama ada kerana persetubuhan dengan suaminya atau kerana zina, sedangkan keraguan yang ada tanpa qarinah (bukti) sememangnya tidak boleh diterima, maka dalam hal itu anak yang lahir semasa dalam perkahwinan itu secara mutlak dibangsakan kepada suaminya jika wujud  keadaan membolehkan anak itu dibangsakan kepadanya. Ianya tidak boleh dinafikan melainkan dengan lian. Penafian adakalanya wajib, adakalanya haram dan adakalanya harus. Adapun pengakuan zina yang dibuat oleh perempuan itu sendiri tidak boleh diterima sekalipun diakui benar oleh suaminya serta wujud tanda-tandanya.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search