A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Masalah Mengenai Aurat Lelaki Dan Perempuan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

MASALAH MENGENAI AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN

 

Kategori    : Sosial/syariah

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang Kali 2/90 Pada 26 Mac 1990 telah membincangkan Mengenai MasalahMasalah Mengenai Aurat Lelaki Dan Perempuan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: 

 

Perbincangan mengenai masalah ini hanya tertumpu pendapat-pendapat ulama’ yang terkenal dan dianggap mu’tabar.

 

Aurat Lelaki:

 

Berkenaan dengan aurat lelaki ini maka ada dua golongan ulama’ dan dua pendapat:

 

1. Golongan pertama ini terdiri dari Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbali, Muhammad Harir, Abu Said Al-Asthohri berpendapat aurat lelaki itu ialah perkelamian dan dubur.

 

Pendapat ini berdalil kepada hadis berikut: Diriwayat dari Anas, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memerangi Bandar Khaibar maka kami bersembahyang subuh dekat khaibar di waktu masih gelap, kemudian Rasulullah menunggang sedangkan saya membonceng di belakang Abu Talhah. Nabi telah memecut tunggangan di jalan Khaibar dan lutut saya ada menyentuh paha Rasulullah, kemudian membuka Rasulullah kain dari pahanya sehingga saya ternampak keputihan paha Nabi s.a.w.

 

Sesungguhnya sayyidatu Aisyah berkata ada seketika Rasulullah sedang baring di rumah saya dengan membuka kain dari paha atau betisnya dan apabila para sahabat datang baginda membenarkan masuk.

 

2. Golongan yang kedua terdiri dari Imam Abu Hanifah, Imam Syafie dan ‘Ata’  berpendapat aurat lelaki itu ialah di antara pusat dan lutut.

 

Pendapat ini berdalilkan kepada hadis berikut: Telah lalu Rasulullah s.a.w dekat seorang lelaki sedangkan pahanya terbuka, lalu Rasulullah bersabda kepadanya tutuplah paha anda, sesungguhnya paha lelaki itu sebahagian dari aurat.

 

Dari Mujahid dan Ibnu Abbas daripada Nabi s.a.w: Paha itu aurat. Walau bagaimanapun pendapat ini masih boleh ditakwil, mungkin apa yang berlaku itu adalah tidak disengajakan dan tidak sedar.

 

Sebenarnya hadis ini tidak boleh dijadikan alasan bahawa paha itu tidak aurat kerana di dalam hadis tersebut terdapat keraguan dan tidak jelas apakah anggota yang sebenarnya terbuka itu pahakah atau betis.

Memandangkan bahawa Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal dengan pendapat yang kedua aurat lelaki di antara pusat dan lutut sama seperti pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa aurat lelaki itu ialah di antara pusat dan lutut itu ialah sebagai pendapat yang terkuat dalam masalah aurat.

 

Aurat Perempuan:

 

Berkenaan dengan aurat perempuan ini ada empat golongan Ulama’ dengan empat pendapat:

 

1. Imam Abu Hanifah dan As-Sauri berpendapat aurat perempuan itu semua anggota dikecualikan muka, tangan dan kaki.

 

2. Adapun Imam Malik dan Imam Syafie berpendapat aurat perempuan itu semua anggota kecuali muka dan tangan.

 

3. Imam Ahmad bin Hanbal dan Daud Zahiri berpendapat aurat perempuan itu semua anggotanya kecuali muka sahaja.

 

4. Abu Bakar bin Abdul Rahman dan segolongan dari sahabat Syafie berpendapat aurat perempuan itu semua anggota.

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search