A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Keputusan Berhubung Dengan Harta Sepencarian

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Keputusan Berhubung Dengan Harta Sepencarian

 

Kategori : Sosial Syariah

 

Keputusan :

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada  26 Mac 1990 kali ke 2/90 mengenai tajuk berhubung dengan harta sepencarian .

 

Berasaskan perbincangan Jemaah Ulama’ telah membuat keputusan mengenai harta sepencarian:-

 

1)     Bahawa masalah harta sepencarian di antara suami isteri adalah merupakan perkara penting dan perlu diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama terutama sekali apabila berlaku perceraian.

 

2)     Khidmat dan kerja seseorang isteri di rumah sudah tentu ada nilaian sekurangnya اجرة المثل.

 

3)     Kedua-dua pihak suami isteri hendaklah diberi hak masing-masing dan dalam menentukan kadar dan bahagian terserahlah kepada pertimbangan kadi apabila berlaku pertikaian dan perselisihan.

 

4)     Adat juga perlu diambil kira sebagai kaedah syariah dalam menentukan hak masing-masing.

 

5)     Perjanjian yang dicadangkan dalam kertas kerja tersebut perlu dibuat.

 

6)     Satu kertas lain yang lebih luas skopnya perlu disediakan untuk dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search