A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Masalah Pembinaan Masjid Baru Mukim Bakong Di Bachok

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

2. MASALAH PEMBINAAN MASJID BARU MUKIM BAKONG DI BACHOK

 

Kategori   : Sosial/syariah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang Pada 31 Disember 1988 telah membincangkan Mengenai Masalah Masalah Pembinaan Masjid Baru Mukim Bakong Di Bachokdan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: 

 

Setelah mengkaji keadaan masjid ini, jemaah yang hadir pada hari itu berpendapat bahawa masjid ini pada masa ini tidak perlu dirobohkan dan dibina bangunan yang lain tetapi kiranya hendak diperbesarkan bangunan dengan tidak merobohkan bangunan tidak ada halangan.

 

Huraian:

 

Pada 5 November 1988, satu rombongan Jemaah Ulama’ yang terdiri daripada:

 

1.       Timbalan  Mufti sebagai pengerusi

 

2.       Al-Fadhil Haji Muhammad Bin Yusuf

 

3.       Al-Fadhil Hasan Bin Ismail

 

4.       Al-Fadhil  Ismail Bin Ibrahim

 

5.       Haji  Yaakob Bin Taib

 

6.       Pegawai-pegawai  Agama Majlis selaku Setiausaha

 

Dalam lawatan Jemaah Ulama’ telah menghalusi dari segenap segi:

 

1.       Dari segi ketahanan, oleh kerana masjid di bina dindingnya dari batu maka di dalam perhatian bahawa bangunan boleh tahan selama tiga puluh tahun lagi.

 

2.       Tentang bahagian atas pula sungguhpun ada kebocoran boleh diperbaiki kerana kayu perkakas atas ini adalah dari jenis kayu keras.

 

3.       Tentang muatan pula, manakala anak-anak mukim didapati yang wajib jumaat hanya lebih kurang tiga ratus orang sahaja, maka bangunan yang ada di hari ini boleh menampung kedatangan anak-anak mukim sekadar tiga ratus orang, tetapi kiranya hendak diperbesarkan bangunan tidak ada halangan.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search