Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat datang ke Portal Rasmi Website Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan kelimpahan rahmat dan izinNya telah dapat pihak kami mengadakan website bagi jabatan Mufti Negeri Kelantan ini. Semoga dengan paparan website ini akan memberi manfaat yang berterusan kepada umat Islam di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya. Website ini bukan sahaja dapat menyebarluaskan ilmu pengetahuan agama dan kefatwaan, ia juga berperanan untuk memeberi pendedahan tentang ilmu-ilmu falak yang semakin dilupakan . Paparan berita –berita terkini berkenaan aktiviti jabatan juga disiarkan untuk tatapan umum.
Selaras dengan perkembangan dunia ICT masakini dimana maklumat kini dihujung jari, saya mengharapkan Laman Web Jabatan Mufti Negeri Kelantan dapat menyediakan sumber informasi dan maklumat terkini dan menepati dengan kehendak serta mesra pelanggan agar maklumat yang dikehendaki dapat dicapai /akses dengan cara mudah ,tepat dan cepat.
Diharapkan laman web ini memberi kesan dalam gaya kehidupan masyarakat yang menepati acuan agama diteruskan dan dipertingkatkan. Era teknologi kini dihujung jari sewajarnya dimanfaatkan dengan ilmu-ilmu yang memberi percambahan dalam pemikiran dan perubahan dari kejahilan kepada keilmuan. Seterusnya dalam konteks yang lebih besar dapat membentuk ummah yang bertakwa.
Akhir kata, saya merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan syabas kepada semua wargakerja Jabatan Mufti Negeri Kelantan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diatas kerjasama menerbit dan menjayakan penciptaan laman web rasmi ini.
Sekian terima kasih
Salam Hormat
Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad
Nama: Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad
Jabatan: Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
No. Tel. Pejabat: 09-7482025
Tarikh Lahir: 17 September 1945 Bersamaan 9 Syawal 1364h (Isnin)
Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan.
Alamat Rumah: Lot 2241, Jalan Dato’ Lundang, Kampung Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Nama Isteri: Datin Hajjah Salmiah Binti Mohd Zain
Anak-Anak: Mempunyai Enam (6) Orang Cahaya Mata, Dua (2) Lelaki Dan Empat (4) Perempuan
Pendidikan Awal
i) Rendah : Sekolah Melayu Padang Garong, Kota Bharu, Kelantan (1957)
Ii) Menengah : Maahad Muhammadi Kota Bharu, Kelantan (1968)
Pengajian Tinggi
i) Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan (1972).
ii) Universiti Al-Azhar, Mesir (1974).
1) 1974 Hingga 1982 - Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Sultan Abdul Jalil, Johor
2) 1982 Hingga Jun 1989 - Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Tumpat, Kelantan
3) 1989 - Pegawai Agama Di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
4) 1990 Hingga 14.04.1991 - Memangku Jawatan Sebagai Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
5) 15.04.1991 Hingga 31.12.2007 - Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
6) 1 Januari 2008 Hingga Sekarang - Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
1) 1996 Hingga Sekarang - Ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan (MPR)
2) 2009 Hingga Sekarang - Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN)
3) 2009 - Ahli Jamaah Pengampunan Negeri Kelantan
4) 1990 Hingga Sekarang - Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
5) 1990 Hingga Sekarang - Ahli Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
6) 1990 Hingga Sekarang - Ahli Dewan Syura Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
7) 1990 Hingga Sekarang - Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
8) 1990 Hingga Sekarang - Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Dan Membasmi Ajaran Sesat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
9) 2008 Hingga Sekarang - Pengerusi Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
10) Ahli Majlis Perunding Islam (MPI) Jabatan Perdana Menteri
11) 2005 Hingga Sekarang - Pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Yayasan Islam Kelantan (YIK)
12) Ahli Jawatankuasa Tatatertib Yayasan Islam Kelantan (YIK)
13) Penasihat Syariah Kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB)
1) Sebagai Penceramah Di Radio Kelantan FM.
2) Sebagai Tenaga Pengajar / Pengkuliah Di Masjid-Masjid
3) Penyampai Khutbah Jumaat / Hari Raya
1) 24.10.2010 - Undangan Selaku Pembentang Kertas Kerja Seminar Fatwa Dalam Kesejahteraan Ummah
2) 05.10.2011 - Jemputan Ceramah Khas/Pembentangan Kertas Kerja Dalam Seminar Jaringan Fatwa Di Thailand Kali – 1
Bertajuk: Pengurusan Fatwa Antara Kepentingan Dan Masa Depan: Satu Pengalaman Di Kelantan”
3) 17-19.10.2017 - Jemputan Ke Persidangan Organisasi Fatwa Sedunia Anjuran Darul Ifta’ Kaherah, Mesir.
1) Pengurusan Kepimpinan Terbaik Melalui Ilmu Dan Amal
2) 13.08.2002 - Pengenalan Ringkas Konsep Usrah
3) Fiqh Al-Muwazanat Dalam Konteks Pembangunan Negara: Satu Huraian Awal
4) Fiqh Awlawiyyat Dalam Konteks Pembangunan Negara
5) 05.01.2003 - Amar Ma’aruf, Nahi Munkar : Satu Tuntutan
6) Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah : Teras Perpaduan Ummah Di Malaysia
7) 12.11.2001 - Pengesahan Perubatan ‘Bebas Hiv’ Kepada Bakal Pengantin Satu Pandangan Awal Berlandaskan Prinsip Syariat
8) Pembahagian Harta Sepencarian Kerana Perceraian Mati Dan Tuntutan Waris-Waris
9) Membentuk Kecemerlangan Remaja Islam Dan Cabaran Masa Kini
10) Pendidikan Anak-Anak Menurut Islam – Pendekatan Luqmanul Hakim
11) 13.07.2004 - Pendekatan Kerohanian Dalam Menghadapi Penyakit
12) Kesihatan Mental Dari Sudut Islam
13) 18.11.2004 - Kerja Berpasukan Ke Arah Meningkatkan Profesionalisme
14) Muhasabah Terhadap Perkhidmatan Awam
15) Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan : Perspektif Islamiy
16) Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam Menurut Kaca Mata Islam
17) Islam Hadhari Penjana Khairu Ummat
18) Pembayaran Zakat Melalui Kaedah ‘Kad Kredit Satu Perbincangan Hukum
19) Politik Wanita
20) Konsep Dan Masalah Kempimpinan Dari Sudut Islam
21) 27.07.2004 - Pembinaan Personaliti Dan Pemikiran Muslim Masa Kini
22) 17.06.1998 - Sifat-Sifat Pengguna Yang Baik
23) Komunikasi Berhemat Satu Tuntutan Dalam Islam
24) Pengurusan Kewangan Mengikut Perspektif Islam
25) Pengurusan Kewangan Mengikut Perspektif Islam
26) Konsep Dan Masalah Kepimpinan Dari Sudut Islam
27) Peranan Ibu Bapa Dalam Memacu Kecemerlangan Ilmu Anak-Anak
28) Tekanan Perasaan (Stress) Menurut Islam
29) Amalan Pengurusan Masjid
30) Kewajipan Kita Terhadap Masa
31) Kepentingan Hidup Berkeluarga
32) Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam Menurut Kaca Mata Islam
33) 28.02.2016 - Ke Arah Mengembalikan Kegemilangan Institusi Masjid
34) Menjiwai Amanah Mengelak Rasuah, Rezeki Barakah
35) Peranan Pelajar Terhadap Ibu Bapa
36) Oktober 2001 - Merokok Dalam Pandangan Islam
37) Tajdid Al-Fikr Sebagai Suatu Tuntutan Agama Dalam Menyongsong Arus Deras Globalisasi
38) Undang-Undang Harta Dalam Islam
39) Kepentingan Qana’ah Kepada Penjawat Awam
40) Permasalahan Keluarga Dan Kaedah Penyelesaiannya
41) Hak Kanak-Kanak Menurut Islam
42) Menjiwai Amanah Mengelak Rasuah, Rezeki Barakah
43) Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam
44) Bidangkuasa, Tugas Dan Terma-Terma Perlantikan
45) Hukum Bermusafir Pada Hari Jumaat
46) 06.08.2007 - Sakhsiah Gemilang Insan Terbilang
47) Perawatan Infertiliti Dari Perspektif Islam
48) Januari 2009 - Adab Dan Cara Mulia Menemui Isteri Bagi Tujuan Melakukan Persetubuhan
49) 19.07.2009 - Latarbelakang Bank Susu
50) 10.09.2009 - Idulfitri Dan Kemaafan
51) Pembedahan Dari Perspektif Fiqh Islami
52) Fatwa Berhubung Dengan Jenis-Jenis Permainan Hiburan
53) 07.12.2009 - Rumahtangga Berkualiti
54) 24.11.2009 - Pertanian Itu Ibadat
55) 29.12.2009 - Pemerkasaan Keilmuan Di Kalangan Masyarakat Muslim
56) 07.12.2010 - Khutbah Dan Penyampaiannya
57) 24.03.2015 - Jihad Vs. “Ekstremisme” : Penjelasan Ringkas
58) Memperkasa Budaya Ilmu : Peranan Guru Takmir
59) 18.02.2016 - Penghayatan Disiplin Pelajar
60) 26.03.2014 - Peranan Imam Dalam Menangani Isu Semasa Masyarakat
61) 05.01.2016 - Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah : Teras Kemantapan Berakidah
62) 04.02.2016 - Adab Belajar Ilmu
63) 20.01.2016 - Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah
64) 20.01.2016 - Kerja Sebagai Satu Ibadah
65) 14.01.2015 - Etika Imam Dan Integriti
66) 11.12.2014 - Integriti 2012 (Mufti)
67) 28.08.2014 - Kemerdekaan – Antara Belenggu Dan Kebebasan
68) 21.08.2014 - Kebebasan Dalam Islam
69) 14.05.2014 - Mencapai Kekuatan Diri
70) 23.04.2013 - Perpaduan Membentuk Kekuatan Ummat
71) 05.03.2013 - Kepimpinan Diteladani Dalam Islam
72) 17.01.2013 - Solat Khusuk
73) 12.12.2012 - Tema-Tema Asasi Kajian Berkenaan Fatwa; Perspektif Teorikal-Konseptual
74) 01.11.2012 - Peranan Ibu Bapa Dalam Memacu Kecemerlangan Ilmu Anak-Anak
75) 23.10.2012 - Kriteria Dan Panduan Pengeluaran Fatwa Menurut Ahli Sunaah
76) 22.10.2012 - Muzakarah Pakar Usim
77) 15.10.2012 - Remaja Kini Dan Cabaran
78) 14.10.2012 - Kesempurnaan Ibadah Membina Kecemerlangan Umat
79) 17.09.2012 - Sakhsiah Gemilang Insan Terbilang
80) 17.09.2012 - Pengurusan Nilai Murni
81) 28.03.2012 - Integriti 2012
82) 28.03.2012 - Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam
83) 24.11.2011 - Peranan Ulama Dalam Pembangunan Umat (2)
84) 24.11.2011 - Peranan Ulama Dalam Pembangunan Umat
85) 01.11.2011 - Integriti 2007 Version
86) 06.08.2011 - Kelebihan Surah Yasin
87) 22.07.2010 - Pembinaan Modal Insan Berkualiti Dan Berintegriti
Ref: F-Surat2 Dato’ Mufti/Biodata Dato’ Mufti 2016 (Calon Tokoh Maal Hijrah 1438)