INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Media

Previous Next

Kunjung Hormat daripada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pada hari Ahad 21 Jun 2020 bersamaan 29 Syawal 1441H, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu iaitu Dr. Luqman bin Haji Abdullah. Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk bertemu dengan YB Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad dan bertukar pandangan serta berbincang tentang isu-isu semasa agar dapat mengeratkan lagi jalinan silaturrahim antara dua jabatan. 

Rombongan ini turut dihadiri oleh YBhg Sahibus Fadhilah Timbalan Mufti Persekutuan iaitu Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan serta seorang jurugambar yang disambut oleh YB Dato' Mufti sendiri dan kunjungan hormat ini juga telah diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search