INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Latar Belakang

Institusi Mufti adalah institusi agama yang terawal wujud di negeri Kelantan mendahului Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (1915) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) (1980).  Di negeri Kelantan, jawatan Mufti telah mendahului penubuhan institusi fatwa atau Pejabat Mufti dan disebut-sebut jawatan mufti yang pertama ialah pada penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II yang mangkat pada 31 Oktober 1886. 

 

Penubuhan Pejabat Mufti oleh Kerajaan Negeri Kelantan secara rasminya pada tahun 1893 semasa pemerintahan Sultan Mansur yang mangkat pada tahun 1900.  Pada awalnya, Pejabat Mufti Negeri Kelantan ditempatkan di Jalan Sultan, Kota Bharu di bangunan lama MAIK.  Pada tahun 1959, pejabat ini telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu bersebelahan Pejabat Pos Besar Kota Bharu (sekarang Pusat Perubatan An-Nisa’).  Pada tahun 1983, pejabat ini kemudiannya telah berpindah ke Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu dan berkongsi bangunan (sharing building) dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Jabatan Kehakiman.  Perpindahan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menempatkan semua agensi agama yang berkaitan hal ehwal Islam dalam satu kompleks untuk memberi kemudahan kepada masyarakat. 

 

Pada 29 Ogos 2005, Pejabat Mufti telah dikenal dengan nama Jabatan Mufti Negeri Kelantan atau ringkasnya JMNK.  Sehingga tahun 2018, Jabatan ini belum memiliki bangunan sendiri berbanding agensi agama yang lain yang telah memiliki bangunannya masing-masing seperti MAIK, JAHEAIK, YIK, dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search