Pada 22 Syawal 1443H bersamaan 24 Mei 2022M, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Arahan Nadi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu Yang Berusaha Al-Fadhil Ustaz Haji Daud bin Abdullah bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan ancaman akidah.
Seramai 2 orang pegawai daripada Pusat Arahan Nadi iaitu Al-Fadhil Dr Mohamed Fairooz bin Mohamed Fathilah selaku Felo Penyelidik dan Al- Ustaz Haji Muhammad Rafiq bin Abdullah, Pengawai Penyelidik turut hadir bersama dan disambut sendiri oleh Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad berserta Pegawai-Pegawai Jabatan Mufti Negeri Kelantan.
Semoga kunjungan hormat ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan silaturrahim antara Pusat Arahan Nadi (MAIS) dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan.