A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Membunuh binatang

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 Soalan :

Hukum mengenai membunuh binatang, bilakah dibolehkan membunuh dan bagaimanakah caranya?

Jawapan :

Hukum-hukum larangan agama tidak harus sesiapa pun melanggarnya, dengan tidak ada sesuatau tujuan maslahah yang besar yang mengharuskannya, berkenaan dengan perbuatan membunuh binatang, didapati banyak hadis-hadis yang melarang seseorang melakukan aniaya dan azab kepada binatang-binatang dan burung-burung. Seperti dijadikannya sasaran untuk dipanah atau ditembak, dan seperti dikurung, diletak barang-barang muatan yang berat dan sebagainya dan banyak pula hadis-hadis yang menunjukkan ada balasan azab kepada binatang-binatang dan burung-burung.

            Ada beberapa jenis jiwa binatang-binatang dan burung-burung yang disuruh kita membunuhnya, iaitu binatang-binatang dan burung-burung ganas, sungguh pun begitu tidak harus juga dibunuhnya dengan secara kejam dan kasar, tetapi disuruh membunuhnya dengan cara yang baik, sampai binatang-binatang itu tidak lama merasa kesakitan dan azab pembunuhan itu.

            Jadi kesimpulan tidak harus seseorang melakukan kezaliman dan kesakitan kepada apa-apa jua pun.

            Dan dalam pada itu, antara alim ulama’ pada masa-masa akhir ini ada yang mengatakan harus melakukan pembedahan ke atas bintang-binatang atau burung-burung dengan syarat-syarat bertujuan untuk kajian ilmiah. Tujuan-tujuan kedoktoran dan sebagainya, ini kerana memandang sebegitu besarnya keperluan kedoktoran dan sebagai itu untuk kebajikan umat manusia.

            Maka kita berharap bahawa pembedahan itu hendaklah dengan cara yang baik, seperti jalan suntikan terlebih dahulu, yang tidak menjadikan sebegitu azab kepada binatang yang dibedahnya itu, dan janganlah hendaknya dilakukan pembedahan itu melainan setelah dikehendaki oleh keadaan yang memaksa, dan setelah tidak ada untuk disakiti tempat pembedahan binatang itu dan sekiranya binatang yang dibedah itu binatang halal hendaklah dengan cara yang menghalalkannya untuk menjadi makanan, jangan jadikannya membazir.

            Soal-soal sains dan teknologi hendaklah mendapat perseimbangan dengan soal-soal rukun dan soal-soal akhlak, barulah sains dan teknologi memberi perkhidmatan dalam bidang kebajikan umat manusia.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search