A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Pakaian yang terdapat ayat al-Quran

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 Soalan :

Bagaimana cara mengguna dan menguruskan pakaian yang terdapat kalimah ayat-ayat al-Quran?

Jawapan :

Oleh kerana munasabah maka sukacita saya meminta peluang untuk memberi makluman mengenai suatu perkara yang saya fikir mustahak:

            Baru-baru ini dibawa kepada saya sehelai baju yang bertulis dengan ayat-ayat al-Quran yang terang dan dapat dibaca, baju itu bertanda di atas tengkuknya dengan tulisan kalimah “Califord” maka kepada sesiapa dari saudara muslimin dan muslimat yang terbeli atau terjumpai baju itu diminta  supaya menjaga kehormatan ayat-ayat suci itu, bila dipakai janganlah dibawa masuk di dalam tandas, dan bila baju itu buruk nanti simpanlah ia baik-baik. Jangan lempar di tempat-tempat kotor, jangan dibuang atau dibuatnya penyapu lantai atau sebagainya dan kain-kain seperti janganlah dijadikannya kain pakai atau seluar, supaya terpelihara dari terjatuhnya di bawah punggung dan di kaki yang sudah tentu jadi penyebab menghinakan ayat-ayat suci itu.

            Hormatilah aya-ayat al-Quran dimana sahaja ia berada, perkara  penulisan ayat-ayat al-Quran seperti demikian-demikian itu walaupun tempatnya kecil, tetapi jangan dianggap kecil, kerana hal yang demikian akan menghapuskan nilai kehormatan ayat-ayat suci terutama di hati anak-anak kita.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search