A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Pemakaian rambut palsu

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Mengenai pemakian rambut palsu, bagaimanakah jika dipakai rambut palsu itu dari rambut kita sendiri yang diupah di kedai seraya membentuknya, seperti bersanggul atau sebagainya?

Jawapan:

Jika rambut palsu yang dipakai oleh seseorang perempuan itu daripada rambut manusia maka lebih-lebih lagi dilarang kerana rambut manusia sama juga segala apa benda dari badan manusia tidak harus dipakai atau dijadikan perhiasan kepada sesiapa pun.Saya merasa hairan dan kurang faham apa yang dikatakan dalam pertanyaan ini:

Jika dipakai rambut palsu itu dari rambut sendiri, apakah sebabnya rambut sendiri dijadikan rambut palsu kemudian dipakainya pula, bagaimanakah maksud pertanyaan ini? Mengenai perkara perhiasan dikepala perempuan ini diminta dari seluruh saudari muslimat sekalian bertenang hati fikir dengan agak lebih teliti, jangan mudah mengikut apa sahaja dari luar oleh orang yang bukan Islam, jagalah maruah Islam dan oranng-orangnya, segala perbuatan hendaklah berdasarkan kepada hukum Islam mengapa begitu sekali nampaknya terburu-buru gelisah hingga sampai kepada keadaan rambutnya, sekali dikerat sekali ditambah, disambung? Ingatlah bahwa keadaan rambut kepala perempuan samalah seperti keadaan salah satu dari anggotanya tidak harus diubah dari apa yang telah ada. Ini adalah suatu nasihat daripada saya.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search