A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Siksa kubur

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Soalan :

Berkaitan siksa kubur dan nikmatnya, adakah salah satu penyebab siksaan kubur ialah disebabkan cara kencing tidak betul?

Jawapan :

Siksa kubur dan nikmatnya, juga segala hal ehwal di alam akhirat memang ada keterangan daripada al-Quran dan hadis, di antara lain-lain sebuah hadis yang menerangkan bahawa mayat di dalam kubur, setelah penghantar-penghantar dan pengiring-pengiringnya berundur pulang maka datanglah malaikat menyoalnya, apa yang disoalnya itu ialah berkaitan dengan kerasulan Nabi Muhammad, katanya: apakah kepercayaan engkau berhubung dengan orang lelaki ini, maksudnya Nabi Muhammad.

            Orang-orang mukmin dapat menjawab dengan senangnya, tetapi orang-orang bukan mukmin tidak dapat hendak menjawabnya, maka dipukulnya oleh malaikat itu.

            Dan satu hadis lagi menerangkan bahawa diantara perkara-perkara dosa yang menyebabkan balasan siksa dalam kubur ialah buang air kecil (kencing) tidak sampai betul-betul, dan juga perbuatan mengancam atau membuat kata-kata fitnah.

            Seseorang bolehlah menceritakan apa-apa yang ada katerangan dari hadis dan al-Quran mengungkap tambah lebih dari itu, atau yang mengatakan yang bukan-bukan, kerana perkara-perkara yang berlaku di akhirat itu, kerana perkara-perkara yang berlaku di akhirat itu tidak ada sesiapa yang mengetahuinya selain daripada rasul melalui wahyu dari Allah sendiri.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search