INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI
Previous Next

PROGRAM STAR GAZING SEMPENA MINGGU AKTIVITI PELAJAR MRSM PASIR TUMBOH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pada hari Rabu iaitu 4 Mac 2020 bersamaan 9 Rejab 1441H, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah dijemput oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Tumboh, Kota Bharu untuk hadir ke Program Star Gazing bersempena Minggu Aktiviti Pelajar bagi Semester Satu Tahun 2020 anjuran pihak sekolah. Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kelantan dijemput memberi ceramah kepada pelajar-pelajar tentang ilmu falak dan cerapan langit malam yang disampaikan sendiri oleh Pegawai Falak, AF Ustaz Wan Muhammad Ezani. Antara pengisian ceramah tersebut adalah mengenai ilmu astronomi iaitu kejadian pembentukan Galaksi Bima Sakti (Milky Way), kewujudan Sistem Suria di dalam Bima Sakti dan kewujudan bintang-bintang di langit malam serta kejadian astronomi yang lain.

Program tersebut dimulai selepas solat Isyak dengan ceramah daripada AF Ustaz di surau sekolah dan disambung dengan aktiviti cerapan bulan dan bintang-bintang di padang sekolah MRSM Pasir Tumboh. Para pelajar mendapat peluang untuk melihat sendiri bulan dan bintang-bintang melalui alatan teloskop yang dibawa oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan pada malam itu. Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Kelantan juga menunjukkan cara-cara menggunakan teleskop yang betul kepada pelajar MRSM dibantu oleh pelajar praktikal yang turut serta dalam Program tersebut. 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search