INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI
Previous Next

PROGRAM KARNIVAL PENGHAYATAN ISLAM

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pada 27 Februari 2020 bersamaan 3 Rejab 1441H hari Khamis, Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah dijemput untuk berkongsi ilmu tentang ilmu Falak dengan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan. Program ini adalah anjuran pihak sekolah yang menjemput Bahagian Falak dari Jabatan Mufti Negeri Kelantan untuk mengadakan pameran peralatan Falak serta menyampaikan ceramah mengenai ilmu Falak bersempena dengan Majlis Perasmian Masjid al-Taqwa di sekolah tersebut. Program itu berlangsung di Masjid at-Taqwa dan perkarangan masjid dan antara pengisian ceramah tentang ilmu-ilmu berkaitan Falak adalah tentang sistem suria yang telah disampaikan oleh AF Ustaz Wan Muhammad Ezani bin Wan Abdullah.

Majlis perasmian Masjid al-Taqwa Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa telah dirasmikan oleh YB SS Dato' Haji Shukri bin Mohamad selaku Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan diteruskan dengan aktiviti pameran peralatan Falak. Selain pameran alatan Falak, naskah-naskah berkaitan dengan Falak juga diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah secara percuma dan aktiviti semakan tarikh kelahiran dalam tahun Hijrah juga dilakukan di gerai pameran oleh kakitangan Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kelantan dibantu oleh pelajar-pelajar praktikal. 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search